CEO Sedania As-Salam dilantik sebagai Felo Adjung SOC
Gambar Siti Nur Aishah Abdul Malek (Pelajar Pelatih UUM)
SINTOK, 7 November 2025: Ketua Pegawai Eksekutif Sedania As-Salam, Khairul NisaIsmail dilantik sebagai Felo Adjung Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk tempoh dua tahun.
Pelantikan ini merupakan pengiktirafan terhadap kepakaran dan sumbangan beliau dalam bidang teknologi kewangan (fintech), perbankan digital, kecerdasan buatan(AI) serta inovasi kewangan Islam.

Berpengalaman lebih dua dekad dalam industri teknologidan strategi perniagaan, Khairul Nisa pernah berkhidmat di organisasi terkemuka seperti AirAsia, Malaysia Airlines dan BankBazaar.
“Saya amat berbesar hati dan menerima pengiktirafanpelantikan ini daripada pihak UUM di mana ini akan memberi peluang untuk menjalin kerjasama yang lebih erat antara dunia industri dan akademik melalui perkongsian pengalaman sebenar yang dapat memberi inspirasi serta memperkasa generasi baharu innovator digital.
“Melalui usaha bersama ini, kita dapat memperkukuhkedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam bidang fintech islam dan kewangan mampan berasaskanteknologi,” katanya di Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Felo Adjung SOC di UUM, baru-baru ini.

Sementara itu, Dekan SOC, Prof. Dr. Osman Ghazali merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan dan berharap pengalaman Khairul Nisa dalam menerajui transformasi digital dalam industri fintech akan memberi nilai tambah yang besar kepada ekosistem akademik di UUM.
“Dengan pelantikan ini, hubungan strategik antara universiti dan industri akan terus diperkasa, selaras dengan misi universiti untuk melahirkan graduan berdaya saing dan berpaksikan teknologi masa depan,” katanya.
Turut hadir dalam Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Felo Adjung berkenaan ialah penjawat SOC dan pegawai-pegawai kanan Sedania As-Salam. – Nurul Azalia Razak (Pelajar Pelatih UUM)



