General

Sembilan inisiatif Belanjawan MADANI penyelidik UUM dibentang hari ini

Gambar Astro Awani dan NSTP

Sembilan inisiatif Belanjawan MADANI penyelidik UUM dibentang hari ini

SINTOK, 11 November 2025: Belanjawan 2024 bertemakan ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’, adalah belanjawan kedua yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 24 November 2022.

Sejumlah RM393.8 bilion telah diperuntukan bagi Belanjawan 2024 merangkumi RM303.8 bilion bagi belanja mengurus, RM90 billion bagi belanja pembangunan dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

Belanjawan 2024 menggariskan tiga tumpuan utama iaitu tatakelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan, penstrukturan semula ekonomi bagi melonjak pertumbuhan dan peningkatan darjat hidup rakyat.

Bagi mencapai matlamat tiga tumpuan utama ini, sebanyak 379 inisiatif berjumlah RM101.2 bilion telah disediakan.

Penekanan utama diberikan kepada penyaluran terus bantuan tunai kepada rakyat miskin, di samping menyediakan pendidikan, kesihatan dan infrastruktur asas untuk semua.

Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diketuai Prof. Dr. Mukaramah Harun telah dipertanggungjawabkan oleh Jabatan Perdana Menteri untuk melakukan kajian menilai impak pelaksanaan inisiatif Belanjawan MADANI 2024 ke atas kesejahteraan sosioekonomi rakyat.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, kajian terhadap sembilan inisiatif di bawah kerangka MADANI yang dijalankan UUM akan dibentang hari ini.
Beliau berkata, hasil kajian berkenaan bagi menilai sejauh mana keberkesanan pelaksanaan program kerajaan kepada rakyat.

Sementara itu, Dr. Mukaramah berkata, fokus kajian tertumpu kepada sembilan inisiatif utama dalam meningkatkan taraf hidup penerima manfaat isi rumah B40 dan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Sembilan inisiatif utama tersebut ialah Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Program Anak Kita (PAK), Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Kampung Angkat Madani (KAM), SejaTi MADANI (SejaTi), Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), Skim Pinjaman PMKS (SPPMKS) dan Skim Mikro Kredit (SMK).

Penyelidik lain yang terlibat adalah dari UUM seramai 12 orang, ahli penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seramai dua orang dan seorang dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button