General

Aplikasi “UUM Psyc-Support” raih pingat emas di INNOCARE 2025

Berita dan gambar Prof. Madya Dr. Mohd Azrin Mohd Nasir

TANJUNG MALIM, 11 November 2025: Pensyarah yang juga Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Mohd Azrin Mohd Nasir dari Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah meraih pingat emas di International Counselling, Mental Health and Wellness Innovation Competition (INNOCARE 2025) yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 5 hingga 6 November lalu.

Dr. Mohd Azrin berkata, produk inovasi bertajuk “UUM Psyc-Support: Empowering University Students with Online Applications for Crisis Mental Health and Wellbeing” ini dibangunkan sebagai aplikasi atas talian bagi membantu pelajar universiti mengurus kesihatan mental dan kesejahteraan emosi mereka dengan lebih berkesan, khususnya dalam menghadapi krisis psikologi.

Aplikasi ini merupakan hasil kerjasama antara penyelidik dari Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial  (SAPSP) dengan Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), UUM menerusi Geran Penyelidikan Pembangunan Pelajar (GRAD).

Ahli penyelidik terdiri daripada Dr. Suzila Ismail, Dr. Nor A’tikah Mat Ali, Dr. Farah Nadia Mohd Faudzi, Prof. Madya Dr. Mohamad Fadli Zolkipli (SOC) dan Ahmad Hanis Mohd Shabli (SOC).

Pertandingan INNOCARE 2025 ini menyaksikan sebanyak 66 produk inovasi dipertandingkan daripada peserta dalam dan luar negara, merangkumi empat kategori utama iaitu Counseling Technology Innovation, Psychological Intervention Innovation, Mental Health Literacy Innovation, serta Wellbeing and Purposeful Living. Daripada jumlah tersebut, 44 produk berjaya disenarai pendek ke peringkat akhir.

Upacara penyampaian anugerah serta Majlis Perasmian Penutup INNOCARE 2025 telah disempurnakan oleh Presiden PERKAMA International, Dato’ Dr. Abd Halim Mohd Hussin.

Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan keupayaan UUM dalam memperkukuh inovasi dalam bidang psikologi dan kaunseling digital, malah ia mencerminkan komitmen universiti dalam memperluaskan akses kepada sokongan kesihatan mental menerusi teknologi dan penyelidikan berimpak tinggi.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button