Education

UUM wakili MyQAN tandatangan MoU bersama AUN-QA di UM

Gambar Prof. Dr. Mohd Haniff Jedin

KUALA LUMPUR, 11 November 2025: Pengarah Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA), Prof. Dr. Mohd Haniff Jedin selaku Presiden Malaysian Higher Education Institutions Quality Assurance Network (MyQAN) telah mengetuai universiti-universiti Malaysia lain di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) MyQAN bersama ASEAN University Network-Quality Assurance (AUN-QA) yang diwakili oleh Pengarah Eksekutif AUN, Prof. Madya Dr. Thanapan Laiprakobsup, baru-baru ini.

Majlis MoU tersebut diadakan bersempena AUN-QA International Conference 2025 yang telah berlangsung pada 5 hingga 7 November lalu di Universiti Malaya.

Dr. Mohd Haniff berkata, beliau amat bersyukur atas komitmen berterusan daripada semua yang terlibat untuk memajukan kecemerlangan dan kerjasama dalam jaminan kualiti pendidikan tinggi di seluruh rantau ASEAN (Thailand, Filipina, Vietnam, Indonesia, Kemboja, Laos, Brunei, Singapura, Myanmar) dan juga ahli baru Timor Leste.

Menurutnya, kerjasama ini merupakan penggal kedua antara MyQAN bersama AUN-QA dan kesinambungan ini membuktikan kepercayaan dan nilai bersama untuk memperkukuh kualiti pendidikan tinggi di peringkat ASEAN.

“MoU ini juga membuktikan kerjasama antara MyQAN dan AUN-QA memberi komitmen untuk membina ekosistem pendidikan tinggi yang berdaya tahan, transformatif dan berpaksikan rakyat,” katanya.

Antara wakil UUM yang turut hadir persidangan ini adalah Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Dr. Sany Sanuri Mohd. Mokhtar; Timbalan Pengarah Bahagian Akreditasi Antarabangsa (IAD), Prof. Dr. Natrah Saad;  Pengurus di IAD, PPQA, Prof. Madya Dr. Hafizah Abd Mutalib dan Prof. Madya Dr. Norani Nordin. – Norhayati Mat Nayan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button