UUM rangkul empat pingat di IUCEL 2025
Berita dan gambar Fazrul Ashraf Azmi
MELAKA, 17 November 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) mencipta kejayaan membanggakan apabila delegasi UUM iaitu seramai empat staf yang menyertai International University Carnival on E-Learning 2025 (IUCEL2025) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya membawa pulang 1 emas, 2 perak dan 1 gangsa.

Pertandingan inovasi e-pembelajaran peringkat antarabangsa yang berlangsung pada 13 November di Dewan Canselor UTeM ini menghimpunkan idea, inovasi dan kepakaran dalam pendidikan digital daripada pelbagai institusi dalam dan luar negara.
Selari dengan tema tahun ini, “Embracing AI for Innovative Learning and Inclusive Education”, penyertaan UUM membuktikan komitmen universiti dalam memacu transformasi pendidikan digital, memperkasakan inovasi serta menyumbang kepada ekosistem pembelajaran yang lebih inklusif.
Turut hadir memberikan sokongan kepada para peserta ialah Pengarah Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),UUM iaitu Prof. Dr. Siti Noor Ismail.

Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Universiti (UTLC) sebagai urus setia penyertaan UUM dalam IUCEL 2025 bertanggungjawab menyelaras proses pemilihan penyertaan dari pusat pengajian serta menyediakan sokongan strategik bagi memastikan penyertaan universiti mencapai tahap terbaik.
Kejayaan 100 peratus pingat ini juga menandakan satu lagi pencapaian bermakna buat UUM dalam usahanya untuk memperkukuh kedudukan sebagai universiti pengurusan terkemuka yang sentiasa mengutamakan kualiti, inovasi dan impak terhadap pembangunan modal insan negara.
| INOVASI | PENYELIDIK | PUSAT PENGAJIAN | PINGAT |
| GamiKelas 2.0: Digitally Immersive Blended Classroom Learning Through Gamification, Metaverse, and Alternative Assessment | 1. Abd Hadi Abd Razak
2. Marzura Ibrahim 3. Nur Fadziana Faisal Mohamed 4. Ts. Syamsyul Anuar Che Mey @ Ismail 5. Siti Syamsul Nurin Mohmad Yazam |
SMMTC | Emas |
| MetaKelas: Revolutionizing Online Classes Through “Metaverse” and Third-Person Perspective Immersion to Enhance Learning Outcomes Effectiveness | 1. Abd Hadi Abd Razak
2. Nur Fadziana Faisal Mohamed 3. Ts. Syamsyul Anuar Che Mey @ Ismail 4. Siti Syamsul Nurin Mohmad Yazam 5. Marzura Ibrahim |
SMMTC | Perak |
| Gamified Event Risk Management: The Risk Quest Challenge – Solo Edition | Dr. Hasan bin Mohamed Zakaria | STHEM | Perak |
| Islamic Financial Planning (IFP) e-Learning Platform | Dr. Mohd Faizuddin bin Muhammad Zuki | IBS | Gangsa |



