Campus

Laman sesawang Jabatan Undang-undang telah ‘Go Live’

Berita dan gambar Nurul Fadliyana Abu Kasim

SINTOK, 19 November 2025: Unit Undang-undang telah dinaiktaraf kepada Jabatan Undang-Undang (JUU), melalui keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti yang ke-152 bil.6/2024 pada 15 Disember 2024.

Selaras dengan itu, Penolong Pegawai Tadbir JUU, Nurul Fadliyana Abu Kasim yang mempunyai kelayakan dalam bidang Sains Komputer, diamanahkan untuk mengemaskini laman sesawang (website) Unit Undang-undang sedia ada.

Hasil kerjasama dan usaha yang berterusan sesama staf JUU dan staf UUM Information Technology (UUMIT) laman web Jabatan Undang-undang siap sepenuhnya mengikut jadual dan dilancarkan “go live” mulai 27 Oktober 2025.

Laman web ini boleh diakses di https://juu.uum.edu.my dengan wajah baharu yang lebih profesional dan mesra pengguna serta memaparkan pelbagai maklumat terkini termasuk fungsi dan struktur JUU, koleksi rujukan undang-undang dan ruangan berita, hebahan serta pautan borang dan dokumen rujukan.

Penasihat Undang-undang, Prof. Madya Dr. Khadijah Mohamed berkata, penjenamaan semula ini bukan sekadar perubahan nama, tetapi juga satu langkah penting ke arah memperkukuh fungsi dan peranan JUU dalam menyediakan khidmat nasihat serta pengurusan perundangan yang lebih profesional, efisien dan efektif.

Beliau juga berharap laman sesawang ini dapat digunakan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan segala urusan berkaitan undang-undang dapat dijalankan dengan lebih sistematik, telus dan pantas serta menjadi rujukan utama dalam bidang undang-undang.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button