Campus

Ceramah kesedaran OSH GSGSG perkasa amalan keselamatan staf UUM COLGIS

Berita dan gambar Nurul Hamiza Hamzah

SINTOK, 25 November 2025: Unit Pentadbiran Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) telah menganjurkan Ceramah Kesedaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety & Health – OSH) GSGSG 2025 bertempat di Dewan Seminar Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia.

Ceramah tersebut disampaikan oleh Eksekutif Kanan, Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara, Arieff ‘Afizuddin Zabri yang berpengalaman dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Sesi perkongsian beliau menekankan kepentingan pematuhan prosedur keselamatan, pengurusan risiko di tempat kerja, serta langkah pencegahan kemalangan dan kecederaan.

Program ini turut disertai staf pentadbiran daripada empat pusat pengajian di bawah UUM COLGIS iaitu Pusat Pengajian Kerajaan (SOG), Pusat Pengajian Undang-undang (SOL), Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) dan Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Pengurusan Acara (STHEM).

Dekan GSGSG, Prof. Dr. Rusdi Omar berkata, penganjuran ceramah ini adalah sebahagian daripada usaha GSGSG untuk memperkukuh budaya kerja selamat dan meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap potensi bahaya di persekitaran pejabat.

Menurutnya, program ini juga menyokong inisiatif universiti dalam memastikan persekitaran kerja yang kondusif serta mematuhi amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang disyorkan.

Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab yang memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan lanjut tentang isu keselamatan, pengurusan risiko dan amalan terbaik OSH di peringkat jabatan serta pusat pengajian.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button