Campus

Waqaf An-Nur kongsi kejayaan pengurusan aset RM1.31 bilion bersama UUM

Berita dan gambar Aini Bahrum

SINTOK, 26 November 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Zakat dan Wakaf telah menganjurkan sesi Bual Bicara Bersama Waqaf An-Nur di Bilik Santalia, EDC UUM bagi memperkenalkan model waqaf korporat yang berjaya dilaksanakan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp).

Sesi tersebut menampilkan Ketua Pegawai Pembangunan Ummah WANCorp, Zamri Norani merangkap alumni UUM, yang berkongsi perjalanan pengurusan waqaf korporat sehingga membolehkan WANCorp mengembangkan nilai aset daripada RM141 juta pada tahun 2006 kepada RM1.31 bilion setakat Jun 2025.

Zamri berkata, kejayaan ini dicapai melalui strategi pelaburan berstruktur, inovasi waqaf dan tadbir urus berasaskan Maqasid Syariah.

Menurutnya, WANCorp sehingga kini telah menyalurkan lebih RM204 juta manfaat waqaf kepada masyarakat, dengan lebih 10 juta penerima, merangkumi bantuan kesihatan, kebajikan, sosioekonomi dan pembangunan komuniti.

“Antara inisiatif utama ialah pembangunan Larkin Sentral, peluasan rangkaian Pusat Dialisis Waqaf, Ar-Rahnu Waqaf, unit amanah PAWIF serta pengurusan masjid-masjid di bawah WANCorp,” katanya.

Program ini membuka ruang kepada warga UUM, khususnya Pusat Zakat dan Wakaf, untuk mempelajari pendekatan pengurusan waqaf korporat yang mampan, profesional dan berimpak tinggi dalam usaha memperkukuh tadbir urus wakaf di peringkat universiti.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button