Education

SOL dan Bahagian Anti-Keganasan PDRM perkasa kesedaran keselamatan negara

Berita dan gambar Dr. Mukhriz Mat Rus

SINTOK, 22 Disember 2025: Pusat Pengajian Undang-Undang (SoL), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Bahagian E8 (Counter Terrorism), Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan Siri Ceramah Keselamatan Negara 2025 (CAKERA 2025) pada 17 Disember lalu di Dewan Seminar A, Kompleks Konvensyen UUM.

Program berimpak ini telah dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor UUM COLGIS, Prof. Dr. Harlida Abdul Wahab.

Dr. Harlida berkata, program ini bertujuan memupuk semangat patriotisme serta memberi kefahaman mendalam mengenai ancaman keselamatan moden.

Menurutnya, UUM menerusi SoL menyokong usaha kerajaan memelihara keamanan negara melalui penyelidikan strategik dan penawaran program pengajian yang melahirkan pakar dan modal insan dalam bidang berkaitan.

CAKERA 2025 merangkumi dua sesi ceramah eksklusif daripada pegawai kanan Bahagian E8, Cawangan Khas, PDRM. Sesi pertama disampaikan oleh Penolong Pengarah E8A, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Ahmad Norisham Ma’arus yang membincangkan tajuk “Ancaman Kumpulan Pengganas dan Pengalaman Malaysia” yang dikendalikan oleh Pengerusi Program Sarjana Muda Undang-Undang, Dr. Mukhriz Mat Rus.

Sesi kedua menampilkan ASP M Fakrul Hisham Ahmad Radzi dari Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah yang mengupas topik “Kenegaraan dan Keselamatan” bersama Presiden Persatuan Mahasiswa Undang-Undang UUM, Ephraim Logijin.

Selain daripada perkongsian ilmu secara teori, peserta turut berpeluang melawat rerurai pameran keselamatan yang disediakan bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai peranan agensi penguatkuasa dalam menjaga keselamatan negara.

Pengarah Program, Dr. Mukhriz Mat Rus, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PDRM atas kerjasama sulung ini.

Beliau menyifatkan inisiatif ini sebagai platform penting dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah peka terhadap isu strategik dan keselamatan negara.

Program ini dihadiri oleh barisan pengurusan SoL, tetamu jemputan, serta ahli Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS).

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button