Campus

IBS dan FBM bertukar pandangan dalam bidang pengurusan perniagaan Islam

Gambar Muhammad Farhan Jamil (Pelajar Intern STF IBS)

SINTOK, 5 Januari 2026: Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Fakulti Pengurusan Perniagaan (FBM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, baru-baru ini.

Delegasi FBM UiTM yang diketuai oleh Dekannya, Prof. Ts. Dr. Shafinar Ismail telah disambut mesra oleh pihak pengurusan IBS UUM sebelum sesi perbincangan rasmi diadakan.

Dr. Shafinar berkata, kunjungan tersebut menjadi platform penting untuk pertukaran pandangan serta perkongsian pengalaman dalam bidang pengurusan perniagaan Islam.

Selain itu, ia merupakan usaha memperkukuhkan jaringan kerjasama akademik antara kedua-dua institusi.

Sementara itu, Dekan IBS, Prof. Dr. Selamah Maamor berkata, kunjungan ini berpotensi mengukuhkan hubungan strategik antara IBS UUM dan FBM UiTM, khususnya dalam aspek akademik, penyelidikan bersama, pembangunan kurikulum serta penerokaan peluang kolaborasi baharu yang bersifat mampan dan saling menguntungkan.

Beliau turut menyatakan harapan agar perbincangan yang diadakan dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan program kerjasama yang lebih tersusun dan berimpak tinggi pada masa hadapan.

Pihak IBS UUM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada delegasi FBM UiTM atas kesudian mengadakan kunjungan hormat ini dan berharap hubungan strategik yang terjalin akan terus diperkasakan melalui pelbagai inisiatif kolaboratif demi kecemerlangan akademik dan pembangunan ilmu. – Prof. Madya Dr. Norazlina Abd Wahab

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button