Campus

DATAQUEST: Cabaran pengurusan data | Program STI 100³ MOSTI

Gambar oleh Wan Huda Faqihah Mohamad Rizal dan Nur Rusydina Mohamad Rizam

CHANGLUN, 13 Januari 2026: Pasukan saintis Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah melaksanakan Aktiviti 2 – DATAQUEST: Cabaran Pengurusan Data di Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Napai, sebuah sekolah dalam komuniti FELDA Guar Napai, Kedah, di bawah Program STI 100³ anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Melalui pendekatan STEM Matematik yang interaktif dan hands-on, murid-murid didedahkan kepada kemahiran asas pengurusan data seperti mengumpul data melalui undian, mengelaskan data, serta mewakilkan data menggunakan jadual dan carta palang. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep data, malah menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna.

Program ini diketuai oleh Dr. Nurul Nazihah Hawari bersama pasukan saintis SQS iaitu Prof. Madya Dr. Aida Mauziah binti Benjamin, Dr. Wan Laailatul Hanim Mat Desa, Prof. Madya Dr. Nazihah Ahmad dan Dr. Mohd Aamir Adeeb Abdul Rahim, dengan sokongan fasilitator Wan Huda Faqihah Mohamad Rizal dan Nur Rusydina Mohamad Rizam.

Maklum balas guru serta pemerhatian sepanjang program menunjukkan murid-murid sangat terlibat dan menikmati aktiviti, sekali gus mencerminkan komitmen SQS dan UUM dalam memperkukuh jaringan universiti–komuniti FELDA serta membudayakan sains, teknologi dan inovasi dalam kalangan generasi muda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button