General

UUM peroleh akreditasi semula CEEMAN IQA sehingga 2032

Gambar Norazlina Ahmad

SINTOK, 27 Januari 2026: Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) terus mengukuhkan kedudukannya di peringkat antarabangsa apabila berjaya memperoleh akreditasi semula CEEMAN International Quality Accreditation (IQA) bagi tempoh enam tahun berkuat kuasa sehingga 2032.

Pengiktirafan berprestij oleh Central and East European Management Development Association (CEEMAN) ini mencerminkan komitmen berterusan OYAGSB dalam memastikan kecemerlangan pendidikan pengurusan bertaraf global selari dengan aspirasi UUM sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka.

 Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, akreditasi CEEMAN IQA menjadi pengesahan antarabangsa terhadap kualiti, kerelevanan dan impak pendidikan pengurusan yang ditawarkan oleh OYAGSB.

“CEEMAN IQA menvalidasi kecemerlangan OYAGSB dalam pendidikan pengurusan, merangkumi aspek kepimpinan akademik, reka bentuk kurikulum, tadbir urus serta kesan kepada masyarakat dan industri,” katanya.

Sejak menerima akreditasi CEEMAN IQA buat pertama kali pada tahun 2018, OYAGSB secara konsisten memperkukuhkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berteraskan kepimpinan bertanggungjawab serta amalan lestari.

OYAGSB beraspirasi untuk menjadi sekolah perniagaan siswazah terulung yang melahirkan pemimpin berimpak tinggi, beretika dan berdaya saing global. Aspirasi ini didukung oleh nilai teras yang dirangkumkan dalam akronim OYAGSB – Openness, Yearning, Accountability, Growth, Sustainability dan Balance.

Kejayaan ini sekali gus memperkukuhkan reputasi OYAGSB sebagai institusi pendidikan pengurusan yang relevan, progresif dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Rujukan bertarikh 21 Januari 2026 boleh layari https://www.ceeman.org/news/congratulations-to-oyagsb-for-ceeman-iqa-re-accreditation?fbclid=IwY2xjawPk6KdleHRuA2FlbQIxMABicmlkETFQRUdDWmhXUk4yZ0xJa0Jvc3J0YwZhcHBfaWQQMjIyMDM5MTc4ODIwMDg5MgABHoC2z1JMwk6khnDNTZtpG8hhQPHdJT_V0ONEhLbfCQmBhp8Y2redeg7yBFVw_aem_SXynM_vB90vzMJH9NScDvg

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button