SOE anjur Bengkel Penyediaan OBE PGDE
Gambar Muhammad Azhar Kamaruzaman
SINTOK, 9 Februari 2026: Pusat Pengajian Pendidikan (SOE) telah menganjurkan Bengkel OBE PGDE yang telah menghimpunkan seramai 22 pensyarah pelbagai bidang pendidikan SOE di EDC-UUM, baru-baru ini.

Dekan Pusat Pengajian Pendidikan (SOE), Prof. Madya Dr. Mohamad Khairi Othman berkata, bengkel ini diadakan bagi tujuan untuk menggunakan silibus baru selepas semakan kurikulum dibuat.
Sepanjang bengkel berlangsung para ilmuan SOE berkongsi ilmu dan pengalaman bagi membentuk satu standard Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE).

Sementara itu, Pengerusi Program PGDE UUM, Dr. Faizahani Ab Rahman berkata, bengkel ini adalah untuk memastikan OBE berjalan di atas landasannya disamping memupuk semangat kerjasama di antara pensyarah dalam mencapai objektif hasil pembelajaran yang jelas.
Komitmen yang diberikan membuktikan pihak SOE komited dalam merealisasikan hasrat Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadikan Pusat Pengajian Pendidikan (SOE) sebagai rujukan dalam melahirkan graduan bidang perguruan yang terbaik. – Mohd Tarmizi Mustafa



