Sesi Kepimpinan dan Tadbir Urus UUM Disemarakkan Program Karisma MADANI
Gambar Muhammad Shamsul Shafie
ALOR SETAR, 10 Februari 2026: Program Karisma Pemikir MADANI Kepimpinan Tertinggi Universiti Utara Malaysia (UUM) anjuran bersama Bahagian Kepimpinan Strategik, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri bertujuan memantapkan hala tuju universiti selaras Agenda Malaysia MADANI dan Rukun Negara serta memperluaskan kefahaman falsafah MADANI dan nilai kebangsaan dalam kalangan warga UUM.

Hari kedua dimulakan dengan sesi “Penetapan Minda” yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Kepimpinan Strategik (BKS), Mohd Khailani Ismail yang memberi pendedahan mengenai peranan, fungsi dan objektif Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dalam memperkukuh semangat patriotik berpaksikan sejarah kenegaraan, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dan AKM setakat ini telah melaksanakan 2,703 program latihan Kenegaraan Malaysia MADANI melibatkan 2,098,440 peserta.
Program diteruskan dengan sesi ketiga bertajuk “Menaksir dan Menterjemah Gerak Kerja MADANI” yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Dato’ Dr. Roslan Husain dan dimoderatorkan oleh Dr. Shazwanis Shukri bersama Dr. Sharif Shofirun Sharif Ali dan penceramah menghuraikan konsep Malaysia MADANI serta menjelaskan enam nilai teras sebagai panduan dalam menterjemahkan gerak kerja kepimpinan dan pentadbiran universiti.

Sesi keempat bertajuk “Governan dan Integriti” disampaikan oleh Penasihat Undang-Undang Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Khadijah Mohamed yang membincangkan skop tadbir urus universiti merangkumi autonomi, struktur, pihak berkuasa mentadbir, pegawai universiti, jawatankuasa, perundangan, tatakelakuan, tatatertib dan tanggungjawab ketua jabatan.
Sehingga sesi keempat, program berlangsung dengan pengisian menyeluruh melalui perkongsian ilmu daripada penceramah dan moderator yang memberi pendedahan komprehensif berkaitan tadbir urus universiti, kepimpinan tertinggi serta konsep Malaysia MADANI dan pendedahan ini memperkukuh kefahaman peserta terhadap peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin universiti. –
Noor Zafiera Ahmad Idris (Pelajar Pelatih dari PMTG)



