Campus

Kunjungan hormat Fakulti Undang-undang Rangsit University erat hubungan akademik

Gambar Prof. Madya Dr. Mohammad Azam Hussain

SINTOK, 11 Februari 2026: Pusat Pengajian Undang-Undang (SoL), Universiti Utara Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Fakulti Undang-Undang, Rangsit University, Thailand pada 9 Februari lalu.

Delegasi yang diketuai oleh Penolong Profesor, Dr. Thanee Vorapatr, Pengarah Program Doktor Falsafah Undang-Undang telah disambut Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Nor Anita Abdullah.

Dr. Nor Anita berkata, lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan akademik antara kedua-dua institusi.

Selain itu, turut membincangkan peluang untuk meneroka rangka kerja kerjasama akademik dan lawatan sambil belajar bersama pelajar antara Pusat Pengajian Undang-Undang UUM dan Fakulti Undang-Undang, Rangsit University.

Turut hadir, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Madya Dr. Haslinda Mohd. Anuar serta Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Asmar Abdul Rahim dan Pensyarah Antarabangsa, Dr. Sulaiman Dorloh. –  Prof. Madya Dr. Nor Anita Abdullah

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button