SLCP perhebat persediaan pelaksanaan Beyond Borders English Programme (BBEP) di UUM dan China
Berita dan gambar Dr. Noor Asbahan Shahizan
SINTOK, 16 Februari 2026: Bengkel Penyelarasan English Placement Test (EPT) dan English Preparatory Course (EPC) telah diadakan pada 8 hingga 10 Februari lalu sebagai persediaan pelaksanaan program Beyond Borders English Programme (BBEP) di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Qingdao Huang Hai University (QHHU), China.

Bengkel ini melibatkan penyertaan pensyarah serta guru bahasa Inggeris daripada Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) yang terlibat secara langsung dalam pembangunan dan pelaksanaan EPT serta EPC.
Dekan SLCP, Prof. Madya Dr. Mohamad Khadafi Rofie berkata, bengkel ini bertujuan memastikan kesiapsiagaan penuh dari segi instrumen EPT dan modul EPC sebelum pelaksanaan program di kedua-dua lokasi.
Sepanjang bengkel tersebut, sesi semakan bagi soalan EPT telah dilaksanakan sebagai sebahagian daripada proses pemurnian dan jaminan kualiti ujian.
Keseluruhan bengkel ini merupakan langkah penting dalam memastikan pelaksanaan EPT dan EPC berjalan lancar pada Mac 2026, sekali gus menyokong pengoperasian BBEP sebagai ekosistem bahasa Inggeris bersepadu di UUM Sintok dan QHHU, China.



