Campus

25 pelajar Kyoto Sangyo University sertai Program UUM-KSU English Summer Camp 2026

Berita dan gambar Nurul Farhani Mohamad Khairi

SINTOK, 1 Mac 2026: Seramai 25 pelajar dari Kyoto Sangyo University, Jepun telah diraikan dalam Program UUM-KSU English Summer Camp 2026 di Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), baru-baru ini.

Majlis dimulakan dengan aluan Pengarah Program, Prof. Madya Dr. Herman Shah Anuar, diikuti dengan ucapan daripada Ketua Delegasi Pelajar Jepun, Yoshikawa Kotaro dan seterusnya ucapan oleh Dekan STML, Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Kamarul Irwan Abdul Rahim.

Majlis pembukaan ini diadakan bagi menyambut kehadiran 25 pelajar terdiri daripada 11 pelajar lelaki dan 14 pelajar perempuan yang terlibat dalam program pertukaran akademik dan budaya bersama Universiti Utara Malaysia.

Dr. Herman Shah berkata, Program UUM-KSU English Summer Camp 2026 ini berlangsung selama 21 hari bermula dari 21 Februari hingga 14 Mac.

Menurutnya, objektif program adalah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, memperkukuhkan kefahaman silang budaya serta memberi pendedahan kepada kehidupan kampus dan budaya masyarakat Malaysia.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Dekan STML, Dr. Wadi Khalid Anuar, barisan tenaga pengajar daripada STML, IBS dan SLCP serta staf STML yang terlibat dalam penganjuran dan pelaksanaan program.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada semua pelajar yang merangkumi kad nama rasmi program, surat tawaran, serta pakaian nasional Malaysia iaitu baju kurung untuk pelajar perempuan dan kemeja untuk pelajar lelaki sebagai simbol penghargaan dan pengenalan kepada budaya tempatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button