Campus

Kepimpinan baharu SQS pastikan kesinambungan kecemerlangan

Gambar Zamalik Hassan

SINTOK, 4 Mac 2026: Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Universiti Utara Malaysia telah mengadakan Majlis Serah Tugas Penjawat di Bilik Mesyuarat Utama SQS sebagai simbolik peralihan kepimpinan bagi tahun 2026.

Majlis dimulakan dengan penyerahan Nota Serah Tugas Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa daripada Prof. Madya Dr. Syariza Abdul Rahman kepada Dr. Teh Yuan Ying, diikuti jawatan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi diserahkan daripada Prof. Madya Dr. Nerda Zura Zaibidi kepada Prof. Madya Dr. Nor Aishah Ahad, manakala jawatan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni kekal disandang oleh Dr. Sahubar Ali Mohamed Nadhar Khan.

Turut berlangsung penyerahan tugas Pengerusi Program Pascasiswazah iaitu Program Sarjana Muda (Matematik Perniagaan) dan Program Sarjana Muda (Statistik Industri) kepada penyandang baharu, manakala jawatan Pengerusi Program Matematik Pemutusan dan Analitik Data masih dikekalkan. Majlis merakamkan penghargaan kepada semua mantan penjawat atas khidmat bakti yang dicurahkan selama meneraju SQS.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Nerda Zura Zaibidi atas pelantikan sebagai Dekan yang baharu, bersama barisan kepimpinan 2026.

Dr. Nerda Zura berkata, beliau berterima kasih atas kepercayaan diberikan untuk menerajui SQS pada tahun ini dan berharap dapat memikul tanggungjawab sebaiknya bersama-sama kepimpinan sedia ada dan baru dilantik ini.

“Semoga amanah yang digalas dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan komitmen demi memastikan kesinambungan kecemerlangan SQS pada masa hadapan,” katanya. – Noramalina Shamsudin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button