Campus

Penjawat baharu TISSA perkasa kepimpinan akademik

Berita dan gambar Nur Aiffa Tajeri

SINTOK, 9 Mac 2026: Dekan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA), Prof. Madya Dr. Raja Haslinda Raja Mohd. Ali telah menyaksikan Majlis Serah Tugas Penjawat Baharu di Bilik Mesyuarat Insan Fikir, semalam.

Beliau dalam ucapannya merakamkan setinggi penghargaan atas komitmen dan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan universiti dalam memperkukuhkan kepimpinan akademik serta memastikan pengurusan program pengajian dilaksanakan secara lebih sistematik, efisien dan berkesan.

Majlis ini bukan sahaja menjadi simbolik kepada penyerahan amanah dan tanggungjawab, malah mencerminkan komitmen berterusan pihak TISSA-UUM dalam memperkasakan pengurusan akademik serta memperkukuhkan kecemerlangan pendidikan di universiti ini dalam memartabatkan TISSA-UUM sebagai pusat kecemerlangan akademik.

Antara penjawat yang menerima pelantikan tersebut adalah Prof. Madya Dr. Siti Seri Delima Abdul Malak sebagai Pengerusi Program Sarjana Sains (Perakaunan) dan PhD, Dr. Mazrah Malik @ Malek sebagai Pengerusi Program Sarjana Muda (Perakaunan) dan Prof. Madya Dr. Idawati Ibrahim sebagai Pengerusi Program Sarjana (Percukaian).

Sementara Dr. Khairina Rosli dilantik sebagai Pengerusi Program Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat), Dr. Mohd Hadafi Sahdan sebagai Pengerusi Program Sarjana Sains (Perakaunan Antarabangsa) dan Dr. Safrul Izani Mohd Salleh dilantik sebagai Pengerusi Program Sijil Profesional.

Pihak pengurusan serta seluruh warga TISSA-UUM turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penjawat yang dilantik dan berharap agar mereka dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen dalam memacu kecemerlangan akademik Universiti Utara Malaysia.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button