Barisan kepimpinan baharu terus memacu kecemerlangan SoL dan UUM
Gambar Ahmad Termizi Othman
SINTOK, 9 Mac 2026: Pusat Pengajian Undang-Undang (SoL) telah mengadakan Majlis Penyerahan Tugas Penjawat Pentadbiran yang berlangsung dengan penuh mahabbah di Bilik Mesyuarat Eksekutif SoL, baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, Prof. Madya Dr. Haslinda Mohd. Anuar mengambil alih tugas sebagai Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) berikutan pelantikan Prof. Madya Dr. Mohammad Azam Hussain sebagai Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC).
Pentadbiran Program Ijazah Sarjana Muda turut menyaksikan perubahan dengan dua pelantikan baharu di mana Dr. Muhammad Nazrul Abd Rani dilantik sebagai Pengerusi Program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B), menggantikan Dr. Mukhriz Mat Rus yang kini dilantik sebagai Ketua Unit Integriti Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sementara itu, Dr. Mohammad Hariz Shah Mohammad Hazim Shah dilantik sebagai Pengerusi Program Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan (BPLB) bagi menggantikan Dr. Muhammad Hafiz Badarulzaman.
Selain itu, Dr. ‘Ain Husna Mohd. Arshad turut dilantik sebagai Pengerusi Program Pascasiswazah bagi menggantikan Prof. Madya Dr. Haslinda Mohd. Anuar.

Dekan SoL, Prof. Dr. Harlida Abdul Wahab merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mohammad Azam Hussain dan Dr. Mukhriz Mat Rus atas pelantikan baharu tersebut.
Beliau turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang memegang jawatan terdahulu.
Dr. Harlida juga mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada barisan pegawai pentadbiran yang baharu dilantik serta berharap agar barisan kepimpinan ini terus memacu kecemerlangan SoL dan UUM ke arah pencapaian yang lebih gemilang. – Mohd Nasiruddin Abu Ghani



