Uncategorized

Bengkel pengajaran dan pembelajaran TISSA-UUM sem A252 dan inovasi digital

Berita dan gambar oleh Nur Aiffa Tajeri

SINTOK, 9 Mac 2026: Satu Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran Semester A252 serta Inovasi Digital telah dianjurkan bagi memperkukuh amalan pengajaran dalam kalangan pensyarah serta memperkenalkan penggunaan teknologi digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Bengkel ini dimulakan dengan Sesi 1, iaitu taklimat berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran yang disampaikan oleh Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) TISSA-UUM, Prof. Madya Dr. Arifatul Husna Mohd Ariff,

Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi panduan serta penekanan berkaitan pelaksanaan P&P bagi Semester A252 bagi memastikan proses pengajaran berjalan dengan lebih terancang dan berkesan.

Seterusnya, Sesi 2 diteruskan dengan pengenalan kepada inovasi digital dalam P&P yang disampaikan oleh Pensyarah TISSA-UUM merangkap Fellow Inovasi di Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), UUM iaitu Encik Tan Chee Yu.

Beliau memperkenalkan pelbagai pendekatan serta penggunaan teknologi digital yang boleh dimanfaatkan oleh pensyarah bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran serta penglibatan pelajar di dalam kelas.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran warga akademik dalam mengaplikasikan kaedah pengajaran yang lebih inovatif dan selari dengan perkembangan teknologi digital masa kini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button