Campus

Watikah pelantikan Penyelaras Pusat Kokurikulum UUM kukuh pembangunan program universiti

Gambar Pusat Kokurikulum

SINTOK, 12 Mac 2026: Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan penyerahan watikah pelantikan penyelaras baharu bagi memperkukuhkan pengurusan dan pembangunan program kokurikulum di universiti.

Penyelaras yang dilantik adalah:

  • Intan Shafinaz Ahmad – Unit Keusahawanan dan Perniagaan Tani
  • Mohammad Haris Abd Azis – Unit Muzik dan Seni
  • Ahmad Fuad Mat Hassan – Unit Badan Beruniform
  • Muhammad Hafiz Abd Razak – Unit Khidmat Masyarakat
  • Amalia Rosmadi – Unit Sukan dan Bela Diri
  • Mohd Fairuz Zaiyadi – Unit Kepimpinan dan Kreativiti
  • Nor Hissam Sulaiman – Unit Kemahiran Hidup dan Pertolongan Cemas

Watikah pelantikan telah diserahkan oleh Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr. Za’im Ahmad dalam satu majlis yang disaksikan oleh semua staf Pusat Kokurikulum.

Dr. Za’im menekankan bahawa pelantikan ini bertujuan untuk memastikan setiap unit dapat beroperasi dengan lebih terancang, inovatif dan berkesan, selaras dengan visi universiti dalam melahirkan pelajar berdaya saing, berdisiplin dan kreatif.

“Komitmen dan kerjasama semua penyelaras akan menjadi tunjang kejayaan pelaksanaan program kokurikulum pada masa hadapan.

“Tahniah diucapkan dan saya berharap semua staf Pusat Kokurikulum akan berganding  bahu menjayakan aktiviti mahupun program yang dianjurkan,” katanya.

Majlis ini menandakan permulaan era baru dalam pengurusan kokurikulum UUM dengan fokus kepada pembangunan bakat pelajar secara menyeluruh melalui pendekatan unit yang lebih khusus dan profesional. – Nur Khairiel Anuar

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button