Campus

Sutranita menyemai kreativiti melalui Kelas Gubahan Bunga

Gambar Aida Abdull Jalil

SINTOK, 12 Mac 2026: Satu kelas gubahan bunga telah dianjurkan oleh Persatuan Wanita Universiti Utara Malaysia (Sutranita) di Auditorium Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) pada Selasa lalu.

Program ini disertai oleh lebih 10 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Sutranita.

Ketua Biro Kesenian Dan Kebudayaan Sutranita, Rahana Ramli berkata, kelas ini bertujuan memberi peluang kepada peserta mempelajari seni menggubah bunga dengan betul menggunakan kawat bulu.

“Dalam kelas tersebut, peserta diajar tentang teknik asas seperti pemilihan bunga, susunan warna dan cara membentuk jambangan bunga yang cantik.

“Aktiviti ini dapat meningkatkan kreativiti serta memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran baharu,” katanya.

Rahana berkata, kelas ini juga boleh membantu peserta menjadikan kemahiran menggubah bunga sebagai hobi atau sumber pendapatan pada masa hadapan.

Ramai peserta menyatakan bahawa mereka berasa gembira dan berpuas hati kerana dapat menghasilkan gubahan bunga sendiri.

Program seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menggalakkan ahli-ahli meminati seni gubahan bunga. – Rahana Ramli

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button