Education

MPP UUM berjaya raih geran PayNet Digital Campus 4.0 Summit 2026 bernilai RM40,000

Berita dan gambar Muhammad Danial Khaleq Mohd Ali

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2026: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2024/2025 Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyertai PayNet Digital Campus 4.0 Summit 2026, sebuah platform nasional yang menghimpunkan institusi pengajian tinggi, penggubal dasar serta pemain industri bagi memperkukuh pelaksanaan ekosistem kampus tanpa tunai di Malaysia.

Penyertaan UUM dalam program ini diwakili oleh delegasi MPP UUM Sesi 2024/2025 yang terdiri daripada Bendahari Kehormat, Sharvin Thangaraj dan Eksekutif Keusahawanan, Mohamad Amirul Mohd Yusof  bersama Pegawai Penasihat Program, Muhammad Danial Khaleq dari SELECT.

Danial Khaleq berkata, kehadiran ini mencerminkan komitmen berterusan UUM dalam menyokong inisiatif pendigitalan kampus serta memperkasakan peranan pelajar dalam memacu transformasi teknologi kewangan di persekitaran universiti.

Menurutnya, geran ini diperolehi berdasarkan MPP pitching kepada PayNet dalam program ini.

“PayNet memberi geran tersebut untuk MPP UUM menganjurkan program dan perlu dibuat laporan berdasarkan penggunaan transaksi cashless dalam kampus sehingga 98 peratus.

“Tempoh yang diberikan bermula Diesember 2025 sehingga pertengahan Mac tahun ini,” katanya.

Sidang kemuncak anjuran Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman menjadi platform penting bagi universiti untuk berkongsi idea, pengalaman serta amalan terbaik dalam memperluaskan penggunaan pembayaran digital seperti DuitNow QR, MyDebit, FPX dan JomPAY dalam kehidupan harian warga kampus.

Majlis berprestij ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed yang menunjukkan sokongan pihak universiti terhadap usaha memperkukuhkan literasi digital dan pembangunan ekosistem kewangan digital dalam kalangan pelajar.

Penyertaan UUM dalam PayNet Digital Campus 4.0 membuktikan kesediaan universiti untuk terus bergerak seiring dengan arus transformasi digital negara, di samping memberi peluang kepada mahasiswa untuk terlibat secara langsung dalam inisiatif yang menyokong pembangunan ekonomi digital dan masyarakat tanpa tunai.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button