Education

Lawatan Mahabbah Pensyarah Pusat Pengajian Perniagaan (IBS) jalin kerjasama strategik dengan MAIK

Gambar Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS)

ALOR SETAR, 8 April 2026: Satu lawatan mahabbah melibatkan barisan pensyarah daripada Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) telah diadakan bagi mengukuhkan jaringan kerjasama strategik bersama Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).

Delegasi tersebut diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nashirah Abu Bakar, bersama dua orang pensyarah lain iaitu Prof. Madya Dr. Hydzulkifli Hashim dan Prof. Dr. Azizi Abu Bakar. Kehadiran mereka telah disambut baik oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) MAIK, Dr. Haji Abdul Rahim Abdul Rahman merupakan Alumni UUM.

Dr. Nashirah berkata, lawatan ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuhkan hubungan institusi akademik dengan pihak berautoriti agama negeri.

Pertemuan yang berlangsung di pejabat MAIK Kedah ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai bidang, khususnya yang melibatkan pembangunan dan pemerkasaan institusi wakaf.

Antara fokus utama perbincangan ialah usaha untuk memartabatkan institusi wakaf tunai di bawah pentadbiran MAIK agar dapat dimanfaatkan secara lebih efektif dalam pembangunan sosioekonomi ummah.

Selain itu, pertemuan ini juga membuka ruang kepada kolaborasi dalam aspek penyelidikan, perkongsian kepakaran, serta pembangunan program akademik dan latihan yang berkaitan dengan pengurusan wakaf dan kewangan Islam.

Secara keseluruhannya, lawatan ini dilihat sebagai satu langkah proaktif dalam memperkukuhkan sinergi antara institusi pengajian tinggi dan badan pentadbiran agama negeri, selaras dengan aspirasi memperkasakan peranan wakaf sebagai instrumen penting dalam pembangunan ekonomi Islam. – Hydzulkifli Hashim

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button