General

Penubuhan Pusat Sehenti Alumni UUM Putrajaya kukuhkan jaringan alumni

Gambar Pusat Alumni UUM

PUTRAJAYA, 8 April 2026: Majlis “Morning Tea” dan Perasmian Pusat Sehenti Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) Putrajaya @ Tatacara Sdn. Bhd. telah berlangsung pada 4 April lalu dengan kehadiran seramai 65 alumni dari 1980 sehingga 2003.

Antara yang hadir seperti mantan Naib Canselor UUM, Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, Dato’ Sri Norol Azali Sulaiman (Penasihat Alumni Chapter Pahang), Dato’ Mazlan Mohamad (Pengerusi Feytech Holding Berhad), Dato’ Agus Salim Yusof (Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat Kementerian Luar Negeri) serta wakil-wakil pertubuhan alumni.

Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar berkata, Pusat Sehenti ini dilancarkan sebagai tempat untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan alumni, di samping memperkukuhkan jaringan profesional.

Menurutny, alumni yang hadir turut menyatakan sokongan padu terhadap penubuhan Pusat Sehenti Alumni ini yang dilihat mampu menjadi lokasi strategik bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti, program pembangunan serta inisiatif komuniti pada masa hadapan.

“Saya rasa berbesar hati atas pelawaan pihak Tatacara Sdn. Bhd. untuk bersama-sama menjayakan penubuhan pusat sehenti ini.

“Kolaborasi ini merupakan satu langkah penting dalam memperluaskan peranan alumni sebagai penyumbang kepada pembangunan universiti dan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Tatacara Sdn. Bhd., Azmanira Ismail melihat pelancaran pusat ini sebagai satu peluang untuk memperluaskan jaringan perniagaan dan profesional, khususnya melalui interaksi dengan alumni lain yang turut mempunyai latar belakang keusahawanan.

Menurutnya, Inisiatif ini dijangka dapat membuka lebih banyak ruang kolaborasi strategik serta memperkukuhkan hubungan antara sektor industri dan komuniti alumni.

Pelancaran Pusat Sehenti Alumni UUM Putrajaya ini diharapkan akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai program berimpak tinggi serta menyokong usaha pembangunan bakat dan jaringan dalam kalangan alumni UUM secara berterusan. – Amelia Hakimi

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button