Education

Persatuan Pekerja Kemahiran Malaysia teroka kerjasama pelaksanaan pensijilan bersama Pengurusan TVET UUM

Berita dan gambar Dr. Wahida Yaakub

KUALA LUMPUR, 19 April 2026: Satu sesi perbincangan telah diadakan antara Pengurusan TVET Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Persatuan Pekerja Kemahiran Malaysia bagi meneroka potensi kerjasama dalam pelaksanaan pensijilan kemahiran.

Perbincangan ini melibatkan Pengarah TVET, Prof. Madya Ts. Dr. Shanusi Ahmad bersama barisan pengurusan iaitu Dr. Norwahida Yaakub dan Kamal Khalid.

Delegasi Persatuan Pekerja Kemahiran Malaysia diketuai oleh Setiausaha, Md Zubir Saad bersama Bendahari, Muhammad Khairul Basarudin serta ahli jawatankuasa Badrul Hafiz Omar dan Hasliza  Hassan.

Dr. Shanusi berkata, sesi ini menjadi platform penting dalam membincangkan keperluan peningkatan tahap kemahiran dalam kalangan ahli persatuan yang berhasrat untuk menaik taraf kelayakan melalui laluan pensijilan yang diiktiraf.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada potensi kerjasama dalam pelaksanaan pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), di samping cadangan penubuhan jawatankuasa penasihat (advisory committee) serta inisiatif lain berkaitan pembangunan TVET.

Kerjasama ini dilihat mampu memperkukuh ekosistem latihan kemahiran negara, sekali gus melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan pelbagai sektor. Sesi ini membuka ruang kepada kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkasa agenda TVET melalui pendekatan yang lebih tersusun, inklusif dan berimpak.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button