Education

CEDI ditawar SME Corp Malaysia kendali kursus dan latihan berkaitan packaging dan branding

Berita dan gambar Dr. Mohamad Hanif Abu Hassan

ALOR SETAR, 28 April 2026: Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan satu lawatan hormat ke Pejabat Wilayah Utara SME Corp Malaysia (Kedah/Perlis), baru-baru ini.

Delegasi CEDI UUM diketuai oleh Pengarah Eksekutifnya, Dr. Juhaida Abu Bakar bersama Timbalan Pengarah (Latihan dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar), Dr. Saiful Azizi Ismail dan Timbalan Pengarah (Penyelidikan, Jaringan Industri dan Komuniti), Dr. Mohamad Hanif Abu Hassan.

Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Pengarah SME Corp Malaysia Wilayah Utara (Kedah/Perlis), Mohamed Zulfikar Ibni Mohamed Hazri bersama barisan pegawai SME Corp Malaysia.

Dr. Juhaida berkata, lawatan ini bertujuan untuk membincangkan peluang kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak, khususnya dalam penganjuran latihan, program pembangunan keusahawanan serta pelaksanaan acara berkaitan pemerkasaan usahawan.

Selain itu, menurutnya, perbincangan turut menumpukan kepada penerokaan peluang sokongan pembiayaan termasuk dana seed fund bagi membantu pembangunan perniagaan dalam kalangan pelajar UUM.

Hasil daripada lawatan tersebut, pihak CEDI telah ditawarkan untuk mengendalikan kursus latihan berkaitan packaging dan branding kepada usahawan di bawah SME Corp Malaysia, di samping melibatkan pelajar UUM yang menceburi bidang keusahawanan.

Inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan daya saing produk serta memperkukuh keupayaan pemasaran usahawan dan pelajar.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan ekosistem keusahawanan, khususnya melalui kerjasama strategik yang berimpak tinggi kepada pembangunan usahawan dan pelajar di peringkat universiti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button