Inisiatif pendapatan rakyat – Inisiatif Usahawan Tani (IPR-INTAN) UUM kini menghasilkan sambal Sintok
Gambar oleh: Peserta-peserta IPR-INTAN UUM
SINTOK, 4 Mei 2026: Universiti Utara Malaysia (Universiti Utara Malaysia) terus memperkukuh agenda keusahawanan kampus menerusi penghasilan produk makanan berasaskan cili segar tempatan iaitu Sambal Sintok, hasil tanaman peserta IPR-INTAN UUM yang kini boleh didapati secara dalam talian melalui platform Shopee https://my.shp.ee/NgVVM7NZ.
Lebih menarik, cili yang digunakan untuk menghasilkan Sambal Sintok ini disemai, ditanam dan diproses sepenuhnya di dalam kampus UUM oleh peserta IPR-INTAN UUM, dengan pemantauan berterusan daripada para penyelidik Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) dengan kerjasama daripada UUM LEADS dan NCIA.
Inisiatif ini bukan sahaja memperkasakan komuniti setempat, malah menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pertanian dan keusahawanan dalam kampus.

Cili segar yang dihasilkan kemudiannya diproses menjadi dua produk utama iaitu Sambal Penyet dan Sambal Ijo. Kedua-dua produk ini mengekalkan rasa asli, segar, autentik dan berkualiti tinggi bagi memenuhi citarasa pengguna yang menggemari makanan pedas tempatan.
Sambal Penyet menawarkan rasa pedas yang padu dan menyelerakan, manakala Sambal Ijo pula memberikan kombinasi rasa pedas bersama aroma unik yang tersendiri. Kedua-dua pilihan ini dijual pada harga berpatutan iaitu hanya RM14.90 bagi setiap botol seberat 200 gram.
Bagi memudahkan warga kampus, staf dan pelajar UUM turut diberikan kemudahan penghantaran terus ke school masing-masing tanpa perlu keluar dari kampus. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Kak Su di talian 010-6556794 atau Teha di 011-32946915.

Selain itu, Sambal Sintok juga aktif mempromosikan produk melalui platform TikTok bagi mendekati lebih ramai pelanggan serta berkongsi pelbagai promosi menarik dan kandungan kreatif berkaitan produk.
Orang ramai juga boleh mendapatkan Sambal Sintok secara terus melalui platform Shopee di pautan serta mengikuti akaun TikTok rasmi https://www.tiktok.com/@sambalsintok untuk mendapatkan maklumat terkini dan promosi semasa.
Inisiatif ini membuktikan bahawa hasil pertanian kampus mampu menjadi produk komersial yang berdaya saing serta memberi impak positif kepada komuniti universiti dan masyarakat setempat. – Ziad Esa Yazid



