Campus

KPM Scholarship Insight: Bicara Perkongsian dan Pengalaman tarik perhatian warga UUM

Berita dan gambar Dr. Nor Asikhin Ishak

SINTOK, 5 Mei 2026: Program berbentuk ilmiah bertajuk “KPM Scholarship Insight: Bicara Perkongsian & Pengalaman” telah berjaya dianjurkan secara dalam talian melalui platform Webex yang menghimpunkan pelajar pendidikan di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berminat untuk mendapatkan pendedahan yang lebih mendalam berkaitan peluang biasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Program ini menampilkan barisan panel jemputan khas yang terdiri daripada pelajar UUM dalam bidang pendidikan dan juga penerima biasiswa yang turut berkongsi pengalaman sebenar mereka sepanjang proses permohonan, pemilihan serta cabaran yang dihadapi sepanjang pengajian.

Antara fokus utama perkongsian ialah strategi berkesan untuk memohon biasiswa KPM, tips menghadapi sesi temu duga, pengurusan diri sebagai penerima biasiswa, serta cabaran dan realiti sebenar sebagai mahasiswa tajaan.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran intergrasi pensyarah akademik iaitu Dekan Pusat Pengajian Pendidikan, Prof. Madya Dr. Mohamad Khairi Othman bersama Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Irwan Mahazir Ismail serta Pengerusi Program (UG), Dr. Saifolrudin Khalid Mahzan dan Dr. Surianti Lajuma yang turut memberikan sokongan berterusan terhadap penganjuran program berimpak tinggi seperti ini.

Program yang diilhamkan ini dengan kerjasama barisan ahli jawatankuasa pelaksana yang komited dalam memastikan kelancaran perjalanan program.

Dr. Mohamad Khairi menyeru semua warga pelajar universiti untuk mengambil peluang keemasan ini  untuk sama-sama menikmati kelebihan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh KPM.

Menurutnya, pelajar juga digalakkan untuk terus bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan di samping membina keyakinan diri dalam menghadapi proses permohonan biasiswa yang semakin kompetitif.

Semoga inisiatif ini mampu membantu lebih ramai mahasiswa UUM untuk ditawarkan sebagai penerima biasiswa Persekutuan KPM.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button