Education

AHSGS UUM dan MCPF Kedah perkasa jaringan strategik dalam pengajian pascasiswazah dan keselamatan komuniti

Berita dan gambar oleh: Prof. Madya Dr. Md. Zawawi Abu Bakar

ALOR SETAR, 29 April 2026: Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (AHSGS) bersama Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) terus mempergiat usaha memperkasa jaringan strategik apabila membuat kunjung hormat ke atas YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali, Ketua Polis Daerah Kota Setar.

Kunjungan hormat tersebut menjadi platform penting bagi membincangkan pelbagai kolaborasi strategik, khususnya dalam bidang pascasiswazah dan keselamatan komuniti. Antara fokus utama perbincangan termasuk penawaran program pengajian pascasiswazah dan kerjasama berkaitan keselamatan komuniti UUM.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Dr. Za’im Ahmad, Pengarah Pusat Kokurikulum UUM, Yang Berbahagia Dato’ Hashim Ali, Timbalan Pengerusi MCPF Kedah dan Prof. Dr. Jamaludin Mustaffa, Exco MCPF Kedah.

Dalam masa sama, kunjungan hormat ini dilihat sebagai langkah untuk memperkasa perkongsian kepakaran, memperluas jaringan profesional serta merintis pelaksanaan program bersama yang lebih tersusun, mampan dan berdaya saing pada masa hadapan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button