Kunjungan hormat delegasi UUM ke Pejabat KPPA perkukuh hubungan kerjasama strategik
Berita dan gambar Mohd Mahadi Mohd Razani
PUTRAJAYA, 13 Mei 2026: Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik apabila delegasi universiti yang diketuai oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), Putrajaya.

Antara agenda utama yang dibincangkan ialah jemputan rasmi kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz sebagai perasmi dan penyampai ucaptama sempena Hari Inovasi dan Majlis Penganugerahan Universiti (HIMPU) UUM 2026 termasuk cadangan pelaksanaan Syarahan Profesor Adjung berkaitan nilai HEMAT dalam kepimpinan era VUCA.
Kedua-dua pihak turut membincangkan cadangan penganjuran International Symposium on Public Governance for Inclusive Development (ISPGID 2027) yang bakal menjadi platform antarabangsa menghimpunkan ahli akademik, pembuat dasar dan pemimpin sektor awam dalam memperkasa agenda tadbir urus inklusif serta pembangunan mampan negara.
Kunjungan hormat ini turut membincangkan cadangan penawaran program pasca siswazah kepada Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) serta penganjuran Konvensyen ILTIZAM 2026.
Turut hadir dalam delegasi tersebut ialah Prof. Dato’ Dr. Mohd Fo’ad Sakdan dan Dekan Pusat Pengajian Kerajaan (SOG), Prof. Dr. Halimah Abdul Manaf.



