Fastenal Alumni Industrial Insight & Sharing beri pendedahan tentang realiti alam pekerjaan
Gambar Nor Adiba Abdul Fattah dan Alya Batrisyia Raza Muddin
SINTOK, 17 Mei 2026: Persatuan Pengurusan Teknologi (MOTIC) telah menganjurkan Program Fastenal Alumni Industrial Insight & Sharing di Dewan Seminar C, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM).
Presiden MOTIC, Peek Zhen Nan berkata, program ini menampilkan beberapa slot perkongsian yang memberi fokus kepada perjalanan kerjaya, cabaran di tempat kerja serta kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam industri.
Menurutnya, alumni turut berkongsi pengalaman bekerja di Fastenal, termasuk aspek pengurusan operasi, komunikasi profesional serta adaptasi dalam persekitaran kerja yang dinamik.
Sesi perkongsian utama telah disampaikan oleh barisan alumni Fastenal yang terdiri daripada Mr. Tan Ju Rard selaku District Manager; Ms. Tan Jia Ying selaku General Manager (Penang Sungai Lokan); Ms. Teh Miao Zhen selaku General Manager (Penang Sagajaya) serta Ms. Kavita A/P Ganeson sebagai Regional Recruiter.
Sementara itu, Pengarah Program, Risviin Sugunthan berkata, Perkongsian yang disampaikan memberi pendedahan yang lebih jelas kepada peserta mengenai realiti alam pekerjaan serta jangkaan majikan terhadap graduan. Selain itu, kepentingan kemahiran insaniah seperti komunikasi berkesan, pemikiran kritis dan kerja berpasukan turut ditekankan sepanjang sesi berlangsung.
Secara keseluruhannya, sesi ini berjaya meningkatkan kefahaman peserta tentang keperluan industri serta membantu mereka membuat persediaan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Program turut diteruskan dengan sesi soal jawab interaktif yang memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan para alumni.
Penasihat MOTIC, Dr. Nurul Rezuana Buyung berkata, program ini berjaya mencapai objektif dalam memberi pendedahan industri kepada pelajar serta membina keyakinan diri, di samping meningkatkan kesediaan mereka untuk menghadapi cabaran dunia kerjaya.
Perkongsian yang disampaikan memberi pendedahan yang lebih jelas kepada peserta mengenai realiti alam pekerjaan serta jangkaan majikan terhadap graduan. Selain itu, kepentingan kemahiran insaniah seperti komunikasi berkesan, pemikiran kritis dan kerja berpasukan turut ditekankan sepanjang sesi berlangsung. – Cheong Yu Cen



