Campus

Audit EKSA di SOC pacu kecemerlangan Zon Cengal

Gambar SOC

SINTOK, 17 Mei 2026: Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), UUM CAS yang berada di bawah Zon Cengal telah melalui Audit EKSA UUM Siri 1/2026 yang berlangsung di sekitar pusat pengajian, baru-baru ini.

Audit tersebut diketuai oleh Pegawai Tadbir, Jabatan Risiko, Nur Azimah Abdul Rahman selaku Ketua Juruaudit bersama Penolong Pegawai Tadbir, Inasis TNB, Dr. Nur Faizah Azali bagi menilai tahap pematuhan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) berdasarkan standard dan garis panduan yang ditetapkan oleh Universiti.

Sepanjang sesi audit berlangsung, pasukan juruaudit telah meneliti pelbagai aspek melibatkan kebersihan persekitaran, susun atur ruang kerja, pelabelan, dokumentasi, keselamatan dan pengurusan ruang kerja yang lebih sistematik serta kondusif.

Beberapa input, pandangan dan cadangan penambahbaikan turut dikemukakan bagi memperkukuhkan lagi amalan EKSA di SOC agar terus berada pada tahap yang cemerlang dan memenuhi keperluan penarafan universiti.

Nur Azimah berkata, kerjasama serta komitmen yang ditunjukkan oleh warga SOC sepanjang audit berlangsung mencerminkan kesungguhan dalam memastikan budaya kerja berkualiti terus diamalkan secara konsisten.

“Pelaksanaan EKSA memainkan peranan penting dalam membentuk persekitaran kerja yang lebih tersusun, profesional dan efisien.

“SOC menunjukkan usaha yang baik dan berpotensi untuk terus diperkasakan melalui penambahbaikan berterusan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi EKSA SOC, Suraya Deraman menzahirkan penghargaan kepada pihak juruaudit atas segala pandangan dan input membina yang diberikan sepanjang sesi audit berlangsung.

Menurutnya, setiap maklum balas yang dikemukakan akan diberi perhatian dan dijadikan panduan penting dalam memperkukuhkan lagi pelaksanaan EKSA di SOC dari semasa ke semasa.

Komitmen berterusan ini diharap dapat mempertingkatkan budaya kerja berkualiti, memperkemas pengurusan persekitaran kerja serta mewujudkan suasana yang lebih kondusif demi kesejahteraan seluruh warga SOC dan seiring dengan hasrat UUM untuk mendapatkan Pensijilan EKSA bagi tahun 2026. – Noor Aina Norrdin

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button