Campus

Bengkel ELHAM perkukuh standard pentaksiran Kursus Bahasa Inggeris di SLCP

Gambar Nur Fathirah Dzahir

SINTOK, 17 Mei 2026: Unit Bahasa Inggeris, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan English Language Higher Education Assessment in Malaysia (ELHAM) Cascading Workshop melibatkan seramai 55 guru Bahasa Inggeris.

Bengkel yang berlangsung di BTA 25–26, Pusat Pengajian Teknologi, Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) ini dirasmikan oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), SLCP, Dr. Maizatul Azura Yahya.

Dr. Maizatul Azura berkata, program ini merupakan salah satu inisiatif penting dalam usaha memperkukuhkan kefahaman warga akademik terhadap pelaksanaan penilaian kursus Bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi selaras dengan aspirasi peningkatan kualiti pendidikan tinggi negara.

Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih menyeluruh kepada guru Bahasa Inggeris mengenai pelaksanaan dan penilaian ELHAM, di samping memperkasakan standard pentaksiran Bahasa Inggeris di peringkat pendidikan tinggi.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta telah didedahkan dengan pelbagai input berkaitan struktur pelaksanaan ELHAM, standard pentaksiran, kaedah penilaian yang berkesan, serta amalan terbaik dalam memastikan keseragaman dan kebolehpercayaan proses pentaksiran.

Bengkel ini turut menyediakan ruang bagi sesi perbincangan, pertukaran pandangan dan perkongsian pengalaman dalam kalangan tenaga pengajar sekali gus memperkukuh kompetensi profesional mereka untuk melaksanakan penilaian yang lebih sistematik, telus dan berkualiti. – Nadia Abd Rahman

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button