Campus

Bengkel Pelan Strategik dan Pelaporan Jurnal SLCP bantu tingkat prestasi pasukan pengurusan Jurnal SLCP

Gambar Mohamad Ismadi Wasli

SINTOK, 20 Mei 2026: Jawatankuasa Penerbitan dan Pengurusan Jurnal SLCP, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Penerbit UUM telah menganjurkan Bengkel Pelan Strategik dan Pelaporan Jurnal SLCP 2026 bertempat di Bilik Roupellia, EDC-UUM.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari bermula 17 Mei ini dihadiri oleh seramai 40 peserta yang terdiri daripada barisan empat sidang pengarang jurnal SLCP iaitu jurnal RENTAS : Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, Applied History of Journal Merong Mahawangsa (MERONG), Malaysian Journal of Applied Linguistic (MJOAL), dan Malaysian of Islamic Development Journal (MyJID).

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), SLCP, Prof. Madya Dr. Solahuddin Abdul Hamid berkata, objektif utama program ini adalah untuk memperkasakan agenda penerbitan jurnal di bawah SLCP, di samping memantapkan Pelan Strategik SLCP (2026–2028) khusus dalam aspek penerbitan.

Selain itu, menurutnya, bengkel ini turut memfokuskan kepada usaha meningkatkan kualiti serta impak penerbitan akademik agar selari dengan visi kecemerlangan akademik universiti.

Sepanjang dua hari program berlangsung, peserta komited mengikuti sesi perbincangan dan pembentangan pelaporan jurnal masing-masing.

Sinergi erat antara SLCP dan Penerbit UUM dalam bengkel ini dijangka mampu memberikan suntikan baharu dalam melonjakkan status jurnal kendalian pusat pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, sekali gus meningkatkan visibiliti penyelidikan UUM di persada global.

Bengkel ini diharap dapat melahirkan blueprint terbaik bagi memastikan kelangsungan penerbitan berimpak tinggi untuk tempoh tiga tahun akan datang. – Dr. Zamimah Osman dan Dr. Aszlan Selamat

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button