Campus

AHSGS terima kunjungan rasmi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM

Berita dan gambar Jamil Muin Shafie

SINTOK, 25 Mei 2026: Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (AHSGS) telah menerima kunjungan rasmi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad menerusi Sesi Roadshow Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi yang berlangsung di AHSGS pada 20 Mei lalu.

Ketibaan beliau disambuat Dekan AHSGS, Prof. Madya Dr. Md. Zawawi Abu Bakar bersama pengurusan AHSGSG.

Dr. Md. Zawawi berkata, lawatan Dr. Ram menjadi platform libat urus strategik bagi membincangkan hala tuju penyelidikan, inovasi, penerbitan dan jaringan industri, selaras dengan agenda kecemerlangan akademik Universiti Utara Malaysia.

Sesi berkenaan turut memberi fokus kepada penambahbaikan infrastruktur AHSGS melalui kerjasama bersama UUM Information Technology (UUMIT) dan Jabatan Pembangunan dan Penngurusan Infrastuktur (JPPI) bagi memastikan persekitaran pembelajaran siswazah terus kondusif dan berkualiti.

Program ini dilihat mampu memperkukuhkan hubungan antara pengurusan universiti dan pusat pengajian dalam memperkasakan ekosistem penyelidikan serta inovasi yang lebih mampan di UUM.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button