Education

Menyingkap Realiti Industri: Pelajar Pengurusan Pembangunan SoG sertai Jelajah ke NCER

Gambar Siti Nurhafizah Hamdan

PULAU PINANG, 21 Jun 2026: Seramai 34 pelajar Pengurusan Pembangunan, Pusat Pengajian Kerajaan (SoG) telah menyertai Program Jelajah Industri ke Northern Corridor Economic Region (NCER) pada Jumaat lalu bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan pengurusan pembangunan, perancangan projek serta pembangunan wilayah.

Sepanjang program berlangsung, pelajar berpeluang mengikuti sesi penerangan berkaitan peranan NCIA dalam merancang dan melaksanakan projek pembangunan di NCER. Pendedahan ini membolehkan pelajar memahami dengan lebih mendalam aspek pembangunan wilayah, perancangan strategik, pentadbiran tanah serta pelaksanaan projek pembangunan yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka.

Pengarah Program, Nurin Syafiera Adriana Haizam berkata, program ini dilaksanakan bagi membantu pelajar memahami aplikasi sebenar bidang pembangunan dan perancangan wilayah disamping menghubungkan teori yang dipelajari di bilik kuliah dengan amalan industri.

Di samping itu, menurutnya, pelajar turut memperoleh gambaran yang lebih jelas mengenai peluang kerjaya dalam bidang pengurusan pembangunan. Interaksi bersama pegawai NCIA telah memberi pendedahan berkaitan prospek pekerjaan, keperluan industri serta kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam sektor pembangunan hartanah dan pembangunan wilayah.

Program Jelajah Industri ke NCER berjaya memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada peserta serta meningkatkan kefahaman mereka terhadap dunia pekerjaan sebenar.

Program ini diharapkan dapat melahirkan graduan yang berdaya saing, berkemahiran dan mampu menyumbang kepada pembangunan wilayah serta industri negara pada masa hadapan.

Turut sama dalam program ini ialah Penasihat Persatuan Pengurusan Pembangunan, Dr. Khofizhoah Mohd Karim dan pensyarah pengiring, Dr. Nur Aili Hanim Hanafiah dan Dr. Rosfaraliza Azura Ramli. – Nurin Syafiera Adriana Haizam

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button