Campus

Program USR ‘Champion Synergy With At-Toyyibah’ cetus sinergi, gilap kepimpinan murid-murid

Gambar Pusat Sukan UUM

SINTOK, 21 Jun 2026: Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Program University Social Responsibility (USR) Champion Synergy With At-Toyyibah bertempat di Stadium UUM dengan penyertaan seramai 38 murid.

Pengarah Pusat Sukan, Dr. Nasiruddin Haron berkata, program ini bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran kepimpinan diri, komunikasi, penyelesaian masalah serta kerjasama berpasukan dalam kalangan murid-murid melalui pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan.

Antara pengisian utama program ini adalah aktiviti ice breaking yang dijalankan bertujuan untuk membantu peserta mengenali antara satu sama lain, meningkatkan keyakinan diri serta membina komunikasi yang lebih berkesan sebelum menyertai aktiviti berkumpulan yang telah dirancang.

Selain itu, peserta turut menyertai pelbagai aktiviti berkumpulan berkonsepkan explorace yang melibatkan lima stesen interaktif iaitu Match the Cards, Lava Step, Pencil Communication, Stack Up Challenge dan Flip Mania bagi menguji serta memperkukuhkan kemahiran komunikasi, kerjasama, kreativiti, kepimpinan dan pemikiran kritis peserta dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan secara berkumpulan.

Sementara itu, Guru, Adib Hakimi berkata, program yang dianjurkan oleh Pusat Sukan UUM ini sangat bagus dan well-planned kerana murid-murid dapat belajar banyak perkara baharu terutamanya berkaitan kerjasama, komunikasi dan keyakinan diri melalui aktiviti yang menyeronokkan.

“Sekiranya program seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang, pihak kami berharap Pusat Sukan UUM dapat menjemput Sekolah At-Toyyibah untuk turut sertai.” katanya.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada pihak Pusat Sukan UUM atas usaha menganjurkan program yang memberi impak positif kepada pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah murid-murid. – Ummi Raihana Nazri (Pelajar Praktikal)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button