Campus

ICC sertai sesi temu ramah dalam talian bersama WIPO Academy

Berita dan gambar Nur Azhanie Mohd Kamil

SINTOK, 22 Julai 2026: Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) telah menerima jemputan untuk menyertai sesi temu ramah secara dalam talian bersama World Intellectual Property Organization (WIPO) Academy pada 16 Julai lalu.

Pengarah ICC, Prof. Madya Dr. Ani Munirah Mohamad berkata, sesi temu ramah ini bertujuan mendapatkan pandangan serta maklum balas daripada institusi pengajian tinggi berhubung keperluan latihan dalam bidang harta intelek, khususnya berkaitan pengurusan harta intelek, pembangunan kapasiti penyelidik dan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan.

Sesi tersebut dikendalikan oleh wakil WIPO Academy turut disertai oleh wakil Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Melalui penyertaan ini, ICC berpeluang berkongsi pengalaman dan amalan terbaik Universiti Utara Malaysia dalam memperkukuh ekosistem harta intelek serta menyampaikan pandangan bagi menyokong pembangunan program latihan yang lebih berkesan di peringkat antarabangsa.

Kerjasama strategik seperti ini diharap dapat memperkukuh jaringan antara UUM, WIPO Academy dan MyIPO dalam usaha membudayakan pengurusan harta intelek serta memperkasakan inovasi dan pengkomersialan di institusi pengajian tinggi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button