UUM rai kecemerlangan pelajar menerusi Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2026
Gambar Hairul Nizam Zahari
ALOR SETAR, 27 Julai 2026: Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuhkan komitmennya dalam melahirkan graduan holistik apabila menganjurkan Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2026 sebagai platform tertinggi bagi mengiktiraf pelajar yang cemerlang dalam akademik, kepimpinan, kesukarelawanan serta khidmat bakti kepada masyarakat.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Muhamad Khizri Abu Kassim di mana dalam ucapannya menegaskan bahawa Anugerah Tokoh Siswa bukan sekadar majlis penyampaian anugerah, malah merupakan pengiktirafan kepada pelajar yang berjaya membentuk diri sebagai pemimpin berintegriti melalui pengorbanan, disiplin, daya tahan dan semangat berkhidmat kepada masyarakat.

Muhamad Khizri yang mewakili Menteri Pendidikan Tinggi berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa melihat pelajar sebagai aset strategik negara dan bakal pewaris kepimpinan masa hadapan, justeru agenda pemerkasaan pelajar terus menjadi keutamaan dalam melahirkan graduan yang berilmu, berintegriti, berdaya saing serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
“Selaras dengan aspirasi tersebut, Anugerah Tokoh Siswa Peringkat Kebangsaan kini diberikan nafas baharu apabila setiap universiti awam akan menampilkan calon terbaik untuk bersaing di peringkat nasional.
“Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan prestij anugerah, malah menjadi platform mengetengahkan bakat, kepimpinan dan potensi mahasiswa terbaik negara,” katanya di Majlis Anugerah Tokoh Siswa UUM 2026 di Hotel Raia, semalam.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa UUM mempunyai keupayaan untuk terus melahirkan tokoh pelajar yang mampu bersaing di pentas kebangsaan dan antarabangsa berdasarkan rekod kecemerlangan yang telah dibuktikan sebelum ini.

Menurutnya, komitmen kerajaan memperkukuhkan autonomi dan kepimpinan pelajar menerusi pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) membuktikan keyakinan terhadap kemampuan pelajar memimpin organisasi secara berintegriti, telus dan profesional.
“Kepercayaan yang diberikan perlu diterjemahkan melalui budaya kepimpinan beretika dan tadbir urus yang baik. Pelajar hari ini bukan sekadar pemimpin di kampus, malah sedang dipersiapkan untuk menjadi pemimpin masyarakat dan negara pada masa hadapan,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan pelajar UUM yang berjaya menjadi ejen perubahan menerusi pelbagai inisiatif kebajikan, kesukarelawanan dan pembangunan komuniti, sekali gus membuktikan pelajar mampu memberikan impak besar kepada masyarakat apabila diberi ruang dan kepercayaan.
Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, penganjuran Majlis Anugerah Tokoh Siswa merupakan manifestasi komitmen universiti dalam menghargai pelajar yang memperlihatkan kecemerlangan secara menyeluruh, melangkaui pencapaian akademik semata-mata.
Menurutnya, UUM sentiasa berpegang teguh kepada visinya sebagai universiti pengurusan terulung dengan memberi penekanan kepada pembangunan pelajar secara holistik melalui penglibatan dalam kepimpinan, keusahawanan, inovasi dan khidmat komuniti.

“Perjalanan sebagai pelajar bukan sekadar mengejar keputusan akademik yang cemerlang, tetapi turut melibatkan pembentukan sahsiah, kemahiran insaniah dan keupayaan memimpin.
“Kejayaan sebenar diukur melalui sejauh mana ilmu yang dimiliki dapat dimanfaatkan untuk membimbing masyarakat serta menjadi ejen perubahan yang positif,” katanya.
Beliau turut menyeru seluruh pelajar agar terus menjunjung nilai hormat-menghormati, etika dan integriti dalam setiap aspek kehidupan, di samping menjadikan pengiktirafan yang diterima sebagai pemangkin untuk terus menyumbang kepada universiti, masyarakat dan negara.
Pada akhir ucapannya, beliau mendoakan agar semua penerima anugerah terus melakar kejayaan lebih cemerlang pada masa hadapan serta menjadi alumni yang mampu mengharumkan nama UUM di peringkat antarabangsa.
Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2026 turut menjadi simbol penghargaan kepada pelajar yang telah mempamerkan kecemerlangan seimbang dalam aspek akademik, kepimpinan, sahsiah dan tanggungjawab sosial, sekali gus menyokong aspirasi UUM dan KPT dalam melahirkan generasi pemimpin muda yang berwibawa, berintegriti serta bersedia memacu kecemerlangan negara.
Senarai pemenang Anugerah Tokoh Siswa 2026:
Anugerah Biru Warna (Utama)
1 Anugerah Tokoh Siswa UUM
Hadiah – Wang tunai RM1,500, Trofi dan Sijil
Mohamad Amar Aidid Mohd Zain
2 Anugerah Tokoh Siswi UUM
Hadiah – Wang tunai RM1,500, Trofi dan Sijil
Nadjween Hanie Mohd Mayan
3 Anugerah Karisma Siswa
Hadiah – Wang tunai RM1,000, Trofi dan Sijil
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2024/2025
4 Anugerah Inspirasi Siswa
Hadiah – Wang tunai RM1,000, Trofi dan Sijil
Kelab Kabaddi
5 Anugerah Permata Siswa
Hadiah – Wang tunai RM1,000, Trofi dan Sijil
Sekretariat Orang Asli
Anugerah Mengikut Kategori Dipertandingkan
Kategori Individu
1 Ikon Kepimpinan Siswa
Hadiah – Wang tunai RM500.00, Trofi dan Sijil
Mohamad Amar Aidid Mohd Zain
2 Ikon Inapan Siswa
Hadiah – Wang tunai RM500.00, Trofi dan Sijil
Muqriz Adam Mahadzir
3 Ikon Badan Pelajar (Akademik)
Hadiah – Wang tunai RM500.00, Trofi dan Sijil
Lim Qing Jun – Kelab Beta Gamma Sigma
4 Ikon Badan Pelajar (Bukan Akademik)
Hadiah – Wang tunai RM500.00, Trofi dan Sijil
Muhammad Thaqif Md Razip – Kelab Chapter Kedah
5 Ikon Seni dan Warisan Siswa
Hadiah – Wang tunai RM500.00, Trofi dan Sijil
Noraisyafika Mohammad Nazri
6 Ikon Usahawan Siswa
Hadiah – Wang tunai RM500.00, Trofi dan Sijil
Luqman Hakim Zawawai
7 Ikon Sukan dan Rekreasi Siswa
Hadiah – Wang tunai RM500.00, Trofi dan Sijil
Charlayne Chong Shin Ling
8 Ikon Bicara Siswa
Hadiah – Wang tunai RM500.00, Trofi dan Sijil
Nadjween Hanie Mohd Mayan
9 Ikon Daya Usaha Inovasi Siswa
Hadiah – Wang tunai RM500.00, Trofi dan Sijil
Muhammad Najmudin Nadzri
10 Ikon Komuniti Siswa
Hadiah – Wang tunai RM500.00, Trofi dan Sijil
Nur Wahidah Ahmad Hilmi
11 Ikon Sukarelawan Siswa
Hadiah – Wang tunai RM500.00, Trofi dan Sijil
Jannati Sakinah Jamil
12 Ikon Inklusif Siswa
Hadiah – Wang tunai RM500.00, Trofi dan Sijil
Ahmad Danial Kamal Mubarak Khan
13 Ikon Perpaduan
Hadiah – Wang tunai RM500.00, Trofi dan Sijil
Ang Yan Wei
14 Ikon Kelestarian
Hadiah – Wang tunai RM500.00, Trofi dan Sijil
Siti Aisyah Kamarudin
15 Anugerah Harapan Siswa
Hadiah – Wang tunai RM500.00, Trofi dan Sijil
Sharweswaraan Kumaraval
16 Anugerah Khas Penasihat Badan Pelajar
Hadiah – Wang tunai RM500.00, Trofi dan Sijil
Jamaat Alhaffis Mansor (Kelab Pengucapan Awam)
Anugerah Mengikut Kategori Dipertandingkan
Kategori Pasukan
1 Anugerah Inapan Siswa Terbaik
Hadiah – Wang tunai RM1,500.00, Trofi dan Sijil
Inapan Siswa Petronas
2 Anugerah Badan Pelajar Terbaik (Akademik)
Hadiah – Wang tunai RM700.00, Trofi dan Sijil
Kelab Perakaunan (NOVAC)
3 Anugerah Badan Pelajar Terbaik (Bukan Akademik)
Hadiah – Wang tunai RM700.00, Trofi dan Sijil
Kelab Pengucapan Awam
4 Anugerah JKPSRS Terbaik
Hadiah – Wang tunai RM700.00, Trofi dan Sijil
Inapan Siswa Malaysia Airlines (MAS)



