General

Alumni Kafa Pusat Islam UUM daripada Medan, Indonesia kembali mengimbau nostalgia

Gambar oleh: Muhammad Syazwan Menon

SINTOK, 28 Julai 2026 – Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima kunjungan istimewa daripada dua orang alumni Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Salman Faiz Hidayah dan Sattar Faiz Hidayah, yang kini menetap di Medan, Indonesia.

Kehadiran mereka telah diraikan oleh Pengarah Pusat Islam UUM, Mohd Yusnaidi Md. Sabri, yang meluangkan masa beramah mesra serta bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa mereka berdua.

Salman merupakan bekas pelajar KAFA Pusat Islam UUM bagi sesi 2013 hingga 2016 dan kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Sumatera Utara (USU), manakala adiknya, Sattar, yang mengikuti pengajian KAFA bagi sesi 2015 hingga 2017, kini menuntut di SMK Panca Budi, Medan.

Bapa mereka, Dr. Sambas Ade Kesuma, ialah alumni Doktor Falsafah (PhD) Universiti Utara Malaysia dan kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sumatera Utara.

Kunjungan ini memberi peluang kepada kedua-dua beradik tersebut untuk mengimbau kembali kenangan sepanjang mengikuti pengajian KAFA di Pusat Islam UUM serta menziarahi semula tempat yang pernah menjadi sebahagian daripada pembentukan ilmu, sahsiah dan kepelbagaian budaya ketika menetap di kampus Sintok ini.

Sebagai institusi yang sentiasa memberikan perkhidmatan Hal Ehwal Islam yang terbaik kepada warga kampus, Pusat Islam amat gembira di atas kunjungan seumpama ini.

Kehadiran semula bekas pelajar menjadi bukti bahawa peranan Pusat Islam bukan sekadar menyampaikan ilmu agama, malah berjaya membina hubungan silaturahim yang berkekalan sehingga merentasi sempadan negara.

Kunjungan ini mencerminkan eratnya ikatan yang terjalin antara Pusat Islam UUM dengan para alumninya serta menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh jaringan ukhuwah dan kerjasama dengan komuniti antarabangsa pada masa hadapan. – Nurin Sofia Yusoff

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button