Campus

Trili Maju Sdn. Bhd. dan UniKL adakan perbincangan kerjasama strategik bersama STML UUM

Berita dan gambar Prof. Madya Dr. Shafini Mohd Shafie

SINTOK, 4 Ogos 2026: Institut Kecemerlangan Teknologi dan Rantaian Bekalan (TeSCE), Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Trili Maju Sdn. Bhd. bersama Universiti Kuala Lumpur (UniKL), baru-baru ini.

Sesi perbincangan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), STML telah dipengerusikan oleh Dekan STML, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Kamarul Irwan Abdul Rahim yang turut menyampaikan ucapan aluan serta memperkenalkan kepakaran penyelidikan dan peranan TeSCE sebagai institut kecemerlangan universiti dalam bidang teknologi dan rantaian bekalan.

Dr. Mohd. Kamarul Irwan berkata, kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan berkaitan potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan, pembangunan teknologi, latihan profesional dan kolaborasi industri.

TeSCE diketuai oleh Pengarah TeSCE, Prof. Madya Dr. Shafini Mohd Shafie dan turut dihadiri oleh Timbalan Dekan Akademik (TDA), Research Fellow, Associate Research Fellow TeSCE, serta wakil Jawatankuasa Penyelidikan dan Jawatankuasa Penerbitan STML.

Perbincangan memberi fokus kepada penerokaan peluang kerjasama strategik antara TeSCE, Trili Maju Sdn. Bhd. dan UniKL termasuk penyelidikan bersama, pembangunan teknologi, pemindahan ilmu, latihan industri, pembangunan modal insan, penerbitan bersama serta inisiatif yang mampu memberi impak kepada pembangunan industri dan akademia.

Program diakhiri dengan sesi rumusan, soal jawab, sesi bergambar dan jamuan ringkas sebagai simbolik kepada komitmen semua pihak dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik antara universiti dan industri.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button