Campus

LPPKN dan Pusat Pengajian Kerajaan (SoG) bincang pembentukan ‘Policy Brief’

Berita dan gambar Mohd Mahadi Mohd Razani

SINTOK, 9 Ogos 2026: Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN),  Ismahalil Ishak bersama dua pegawai LPPKN, Noor Sazali Mansor dan Nadzirah Abu Razim telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Pengajian Kerajaan (SOG), Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.

Delegasi LPPKN telah disambut oleh Dekan SOG, Prof. Dr. Halimah Abdul Manaf bersama Pengarah Institut Kajian Kerajaan Tempatan (ILGS), Prof. Madya Dr. Nur Syakiran Akmal Ismail serta Prof. Madya Dr. Azizah Zainal Abidin.

Pertemuan tersebut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan potensi kerjasama strategik yang dapat dimanfaatkan dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan masyarakat terutama berkaitan pembentukan policy brief dalam bidang kependudukan dan pembangunan keluarga.

Lawatan ini juga merupakan kesinambungan daripada kerjasama penyelidikan Dasar Pekerti yang telah dijalankan oleh pensyarah SOG dan LPPKN sebelum ini.

Antara perkara lain yang dibincangkan ialah cadangan penganjuran Sambutan Hari Penduduk Peringkat Negeri Kedah yang dijangka akan diadakan pada bulan September 2026 di UUM.

Program tersebut diharap dapat menjadi platform bagi menonjolkan bidang kepakaran dasar awam dalam kalangan pensyarah SOG.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button