Campus

SUTRANITA UUM jalankan latihan gamelan sempena bulan kemerdekaan

Berita dan Gambar oleh Norzilah Hj Aziz

SINTOK, 11 Ogos 2026: Kumpulan Gamelan SUTRANITA (Persatuan Wanita Universiti Utara Malaysia) telah mengadakan satu sesi latihan muzik gamelan sempena menyambut bulan kemerdekaan negara.

Sesi latihan ini disertai oleh seramai 11 orang pemain dalam kalangan ahli SUTRANITA, yang tampil membawakan alunan muzik tradisional dengan penuh semangat dan kesungguhan.

Aktiviti ini turut mendapat sokongan padu apabila disertai oleh Yang Dipertua SUTRANITA, Prof. Dr. Haslinda Ibrahim, yang hadir bersama-sama para pemain dalam suasana penuh kekitaan dan kebanggaan terhadap warisan seni budaya Melayu.

Sesi latihan kali ini merupakan persediaan awal sebelum rakaman penuh persembahan gamelan yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos 2026.

Latihan yang dijalankan memberi peluang kepada para pemain untuk menyelaraskan rentak dan harmoni permainan bagi memastikan persembahan yang bakal dirakamkan kelak berjalan lancar dan bermutu tinggi.

Menurut pihak penganjur, penubuhan kumpulan gamelan ini adalah bertujuan untuk memelihara warisan seni muzik tradisional serta memastikan kehalusan seni budaya Melayu terus dihayati dan dihargai oleh generasi baharu, agar ia tidak pupus ditelan arus zaman.

Latihan sempena bulan kemerdekaan ini dilihat sebagai satu lagi usaha murni SUTRANITA dalam menyemai semangat cintakan seni dan budaya tanah air, sekali gus mengukuhkan jati diri dan perpaduan dalam kalangan ahli serta warga kampus UUM.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button