AGN DAN PKNS ANJUR PROGRAM GOLF FOR JUNIOR DI KELAB GOLF SERI SELANGOR
Berita: Nathanial Cheang Chun Ther
Gambar oleh: Chiam Huang An & Nur Batrisyia Qistina Binti Abdul Khalil
KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2026 – Akademi Golf Nasional (AGN) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Golf for Junior di Kelab Golf Seri Selangor.

Program Golf for Junior ini melibatkan kanak-kanak dan remaja berusia antara 6 hingga 15 tahun dengan tujuan memperkenalkan sukan golf kepada generasi muda serta membuka peluang kepada mereka untuk mengenali dan mempelajari asas permainan golf.

Program ini diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pembangunan & Hal Ehwal Pelajar) AGN, Prof. Madya Dr. Soo Hooi Sin dan dikendalikan oleh Jurulatih AGN, Sazanur Iman bin Salenin bersama 8 orang pelajar AGN iaitu, Nathanial Cheang Chun Ther, Naqiuddin Niyaz Bin Nasruddin, Chiam Huang An, Nurul Fazlyana Binti Mohd Azihan, Nurwadiah Alya Binti Maszuraidi, Haikal Hakimie Bin Anis, Nur Ameera Najwa Binti Zinuddin, dan Nur Batrisyia Qistina Binti Abdul Khalil.
Penganjuran program ini merupakan salah satu usaha AGN dan PKNS dalam menyokong pembangunan sukan golf di Malaysia, khususnya dalam melahirkan pelapis baharu serta memperluas penyertaan golongan muda dalam industri golf negara.
Melalui kerjasama strategik ini, AGN berharap usaha memperkenalkan golf sejak usia muda dapat diteruskan bagi memastikan pembangunan dan kelestarian industri golf pada masa hadapan.



