Campus

Batch sulung SKM-PPT UUMKL bukti pengalaman kerja mampu diterjemah kepada sijil profesional

Berita dan gambar oleh: Dr Wahida Yaakub

KUALA LUMPUR, 5 Mei 2026: Seramai lapan (8) staf Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) menyertai Bengkel Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) menerusi penganjuran Bengkel Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang berlangsung selama dua hari di UUMKL.

Program yang menjadi batch sulung bagi inisiatif pensijilan bagi staf UUMitu dikendalikan oleh Master Coach IS. TVETEC, PW 1 (B) Jamaluddin Bin Hassim dengan memberi fokus kepada pemahaman proses pensijilan SKM melalui pengalaman kerja dan kompetensi sedia ada.

Staf UUMKL yang menyertai bengkel tersebut ialah Norwahida Binti Yakub @ Yaakub, Dr. Norshafizah Binti Hanafi, Kamal Bin Khalid, Ahmad Firdaus Bin Abdul Hamid, Siti Anum Binti Jab, Nooraida Rusmei Saad, Fazilah Mohd Othman serta Mohd Fadzli Bin Rasol. Penyertaan mereka melibatkan tiga bidang NOSS berbeza iaitu Pentadbiran Pejabat, Pengacaraan Profesional serta Penyeliaan Operasi dan Penyelenggaraan Bangunan.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta dibimbing secara intensif dalam aspek penyediaan portfolio eviden, pemetaan kompetensi NOSS, simulasi penilaian PPT serta semakan dokumen secara terus bersama fasilitator.

Pengarah Pengurusan TVET UUMKL berkata, penganjuran bengkel tersebut membuktikan komitmen universiti dalam memperkasakan pembangunan profesional staf melalui laluan pendidikan kemahiran yang lebih fleksibel dan diiktiraf di peringkat nasional. “UUMKL sentiasa menyokong usaha meningkatkan kompetensi staf bukan sahaja dalam bidang akademik, malah turut memberi penekanan kepada pengiktirafan kemahiran profesional melalui laluan TVET,” jelas beliau.

Maklumbalas yang diterima daripada peserta iaitu banyak perkara baharu yang dipelajari sepanjang bengkel ini. Sebelum ini mereka melihat dunia akademik dan kemahiran sebagai dua cabang yang berbeza, namun program ini memberi kefahaman bahawa pengalaman kerja juga mempunyai nilai besar apabila diterjemahkan kepada pensijilan yang diiktiraf.

Dalam pada itu, Pengurusan TVET UUMKL optimis bahawa program seumpama ini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan yang lebih kompeten, profesional dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pemerkasaan TVET negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button