Delegasi Libya tinjau keupayaan latihan industri bertaraf global bersama Pengurusan TVET UUM di INSTEP PETRONAS
Berita dan gambar oleh: Dr. Wahida Yaakub
KUALA NERUS, TERENGGANU, 28 April 2026: Pengurusan TVET Universiti Utara Malaysia bersama delegasi NOC-EVT Libya dan rakan industri strategik telah mengadakan lawatan strategik ke INSTEP PETRONAS bagi meneroka kerjasama dalam pembangunan latihan industri, pensijilan profesional dan kompetensi teknikal sektor minyak dan gas bertaraf antarabangsa.
Delegasi lawatan diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Hj. Shanusi Hj. Ahmad selaku Pengarah Pengurusan TVET UUM bersama Mr. Kamal Khalid, Dr. Muhamad Paizal Othman, Puan Wan Norkhairiyah Wan Montil, Mr. Ery Fahzwan Mohamed Ali, Mr. Luqmannul Hakim Omar serta delegasi NOC-EVT Libya yang terdiri daripada Dr. Abdulmagid Elazhari M. Ali, Mr. Khaled Mohamed KH Marh, Dr. Salem A. S. Omar dan Mr. Mohamed Amammer Mohamed Adbeib.

Delegasi telah disambut Delegasi lawatan telah disambut oleh YM Raja Idzam Shah Raja Mohamad selaku Pengurus Kanan, Bahagian Pengurusan Komersial dan Pemegang Taruh INSTEP PETRONAS bersama Mr. Mustaqim Khalid, Pengurus Jabatan Komersial, Mr. Nur Iman Mohamad, Pengurus Jabatan Pemegang Taruh serta Mr. Ahmad Azam Alias dan Mr. M. Aizat C. Mat daripada Jabatan Pemegang Taruh.
Delegasi lawatan telah diberikan taklimat awal berkaitan ekosistem latihan industri dan pensijilan profesional yang dilaksanakan di INSTEP PETRONAS khususnya dalam bidang operasi minyak dan gas, keselamatan industri serta pembangunan kompetensi teknikal bertaraf antarabangsa. Sesi perkongsian turut memberi pendedahan terhadap pendekatan latihan berasaskan industri yang menekankan competency-based training, operational readiness dan pembangunan tenaga kerja mahir selaras dengan keperluan industri tenaga global masa kini.

Selain sesi perbincangan strategik, delegasi turut dibawa meninjau beberapa fasiliti latihan utama termasuk pusat kawalan operasi, loji latihan upstream dan downstream, bengkel proses analitikal serta makmal HSE yang menjadi antara komponen penting dalam pembangunan latihan teknikal industri. Delegasi NOC-EVT Libya turut menyatakan minat terhadap pembangunan kompetensi HSE, laluan pensijilan industri dan pembangunan tenaga pengajar teknikal sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pembangunan tenaga kerja dan ekosistem latihan industri bertaraf global.

Sesi perbincangan strategik turut membuka ruang kepada potensi kerjasama antarabangsa dalam pembangunan latihan teknikal, pensijilan industri, pembangunan tenaga pengajar serta pengukuhan kolaborasi TVET berorientasikan industri. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Pengurusan TVET UUM dalam memperluas jaringan strategik global dan memperkasakan agenda pendidikan kemahiran yang kompetitif serta berimpak tinggi.
Pengurusan TVET UUM berharap lawatan strategik seperti ini akan terus memperkukuh pembangunan bakat global, memperluas kerjasama industri dan memacu pembangunan ekosistem TVET bertaraf antarabangsa yang memenuhi keperluan industri masa hadapan.



