Campus

Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 Himpunkan Pemikir Pendidikan, Pengurusan TVET UUM Turut Sertai Wacana Nasional

Berita dan gambar oleh: Dr. Wahida Yaakub

KUALA LUMPUR, 1 Mei 2026: Suasana penuh wacana ilmiah dan perkongsian idea mewarnai penyertaan wakil Universiti Utara Malaysia dalam Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

Kongres berprestij ini menghimpunkan tokoh pendidikan, pemimpin akademik, penggubal dasar serta pelbagai agensi berkaitan bagi membincangkan hala tuju pendidikan negara dalam mendepani cabaran era globalisasi dan revolusi digital.

Penyertaan Pengurusan TVET UUM terdiri Prof. Madya Ts. Dr. Hj. Shanusi Hj. Ahmad serta Timbalan Pengarah Dr. Norwahida Yaakub dalam program ini turut memberi peluang untuk meninjau pelbagai pendekatan TVET baharu berkaitan pembangunan pendidikan, pemerkasaan modal insan serta pengukuhan ekosistem pendidikan yang lebih relevan dengan keperluan semasa.

Antara isu yang menjadi tumpuan termasuk integrasi teknologi dalam pendidikan, pembangunan sahsiah pelajar, pengukuhan kemahiran pedagogi serta kepentingan kolaborasi strategik antara institusi pendidikan dan komuniti.

Selain menjadi platform perkongsian idea dan amalan terbaik, kongres ini turut membuka ruang jaringan profesional yang lebih luas melibatkan pelbagai institusi pendidikan, agensi dan pemain industri.

Penglibatan seperti ini dilihat selari dengan aspirasi Pengurusan TVET UUM dalam memperkukuh agenda pendidikan kemahiran dan pembangunan bakat yang lebih progresif, dinamik dan berdaya saing.

Pengurusan TVET UUM berharap penyertaan dalam platform pendidikan berskala besar seperti ini akan terus memberi nilai tambah kepada pembangunan ekosistem pendidikan negara serta melahirkan generasi masa hadapan yang lebih kompeten, holistik dan bersedia menghadapi perubahan dunia global.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button