Campus

Program santuni komuniti vertikal perkasa pemasaran produk komuniti Felda Laka Selatan

Berita dan gambar oleh: Norfaiz bin Ab Mutalib

CHANGLUN, 20 Mei 2026: Program Santuni Komuniti Vertikal: Kolaborasi Strategik Pemasaran yang melibatkan kerjasama antara Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG), Universiti Utara Malaysia (UUM), FAMA, FELDA, GPW serta komuniti FELDA Laka Selatan telah berjaya dilaksanakan.

Program ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara agensi dan komuniti setempat, di samping meningkatkan potensi pemasaran produk sayuran yang diusahakan oleh komuniti FELDA.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Wilayah FELDA, Wilayah Alor Setar, Puan Rohana Abu Bakar.

Seterusnya, Pengarah ARICG, UUM, Prof. Dr Noor Afza Amran menekankan kepentingan kolaborasi strategik antara ARICG UUM dan FAMA bagi memperkasakan ekonomi komuniti luar bandar khususnya di kalangan komuniti vertical Felda Laka Selatan.

Program ini turut diserikan dengan ceramah bertajuk Potensi Pemasaran Produk Sayuran yang disampaikan oleh Puan Norasikin Ahmad, Pegawai FAMA Daerah Kota Setar dan Kubang Pasu, mewakili Pengarah FAMA Negeri Kedah, serta merasmikan Program Santuni Komuniti Vertikal.

Puan Norasikin binti Ahmad turut menzahirkan komitmen untuk membantu komuniti FELDA meningkatkan akses pasaran dan daya saing produk pertanian.

 

Sesi diteruskan dengan ceramah bertajuk Potensi Pemasaran Produk Sayuran yang disampaikan oleh wakil FAMA Negeri Kedah. Ceramah ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai strategi pemasaran, pembungkusan produk serta peluang pasaran yang lebih luas.

Sesi perbincangan dan soal jawab bersama antara wakil FAMA dan peserta memberi ruang kepada peserta untuk mendapatkan maklum balas, berkongsi cabaran dan pengalaman dalam pengusahaan tanaman sayuran, serta mendapatkan maklumat berkaitan kaedah pemasaran yang lebih moden.

Pihak FAMA dan ARICG turut  mengadakan lawatan ke rumah komuniti bagi melihat sendiri aktiviti penanaman sayuran serta memberikan cadangan penambahbaikan secara langsung.

Penganjuran program ini diharap dapat menjadi platform berterusan untuk memperkukuh hubungan antara ARICG, FAMA dan komuniti vertikal Felda Laka Selatan, serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat yang mampan dan berimpak tinggi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button